“Saya Alami 6 Peny@kit” -Ebby Yus ToIak Tawaran Penderma Buah Pingg@ng

BERSYUKUR keadaan kesihatan semakin baik, pelawak Ebby Yus mendedahkan dia menolak tawaran dua individu yang ingin mendermakan buah pinggang kepadanya.

Menurut Ebby atau nama sebenarnya Muhammad Yunus Abdul Rashid, 56, buat masa ini kesihatannya masih terkawal dan hanya perlu melakukan pemeriksaan setiap enam bulan sahaja.

“Alhamdulillah… tahap kesihatan saya semakin baik. Sebenarnya ada seorang wanita dan seorang lelaki nak dermakan buah pinggang mereka kepada saya.

Ebby (dua dari kanan) melawat gerai minuman Shuk (kanan) untuk memberi sokongan.

“Tapi saya cakap dekat mereka, setakat sekarang ini syukur Alhamdulillah… saya belum memerlukan pemindahan buah pinggang dan boleh bekerja.

“Sekarang saya masih perlu jalani pemeriksaan susulan setiap enam bulan. Boleh dikatakan saya alami enam peny5kit tapi semuanya masih terkawal,” katanya kepada mStar.

Pelakon sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK) itu ditemui ketika pelancaran gerai minuman SemoothNgopi milik pelawak Shuk Sahar di Denai Alam, baru-baru ini.

Mungkin sebab saya tidak ada isteri dan anak.

Pada Januari 2019, Ebby mengakui dia menderita pelbagai jenis peny4kit termasuk buah pingg4ng bocor, j4ntung, dar4h tinggi, g4strik, s4raf dan pr0stat sejak beberapa tahun lalu.

Menerusi laporan mStar pada 20 Mei 2019, Ebby mendedahkan dia menerima tawaran daripada dua individu tidak dikenali yang ingin mendermakan buah pinggang kepadanya.

Dalam pada itu, Ebby yang juga penyampai radio Negeri Sembilan FM turut berkongsi mengenai kehidupannya yang tidak terlalu terjejas berikutan pandemik Covid-19.

Tidak mempunyai tanggungan yang besar, Ebby meluahkan rasa syukur kerana masih diberikan rezeki untuk meneruskan kehidupan.

Kehidupan Ebby tidak terlalu terjejas akibat pandemik Covid-19.

“Saya nak cakap terjejas untuk diri saya itu tidak la… syukur Alhamdulillah. Mungkin sebab saya tidak ada isteri dan anak.

“Jadi tanggungan dan pembelanjaan tidak terlalu besar… hanya untuk diri sendiri saja. Insya-Allah saya masih cukup makan minum.

“Komitmen saya pun tak ada sangat memandangkan kereta pun sudah jual sejak beberapa tahun lalu. Syukur, apabila pandemik dapat buat kerja dekat rumah.

“Saya ada terima untuk buat ulasan produk di laman sosial selain buat live dari rumah yang turut mendapat bayaran,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*