Viral Foto Bersama Rashid Sidek, Ella Respon Gos1p Bercinta Tahun 1990-an – ‘I Tunggu Husband, Dia Masih Sekolah’

Tak dinaf1kan, setiap individu mempunyai kisah dan jalan ceritanya yang tersendiri. Walaupun begitu, tidak semua perkara boleh diceritakan kepada umum dan kadangkala ianya kekal menjadi ‘rahsia’. Namun berbeza pula dengan kehidupan para selebriti apabila semua tindak-tanduk mereka sering diperhatikan ramai.

Gambar Ella, Rashid Sidek tersebar

Baru-baru ini nama penyanyi rock Malaysia iaitu Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin telah menjadi bualan hanga4t netizen di media sosial selepas tersebarnya satu gambar memaparkan dirinya sedang berbual dengan bekas jaguh badminton negara, Rashid Sidek. Gambar yang diambil dari sebuah surat khabar itu dipercayai telah diterbitkan sekitar tahun 1990-an yang lalu.

Menerusi tweet yang dimuat naik seorang individu, dia mengakui sangat suka melihat Ella dan Rashid Sidek ‘berdating’ dahulu. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen adakah benar Ella pernah menjalinkan hubungan cinta dengan bekas jaguh badminton negara atau pun tidak.

Masa saya kecil dulu, saya suka tengok bila Ella dating Rashid Sidek. Cari balik gos1p lama tahun 1990-an dah tak jumpa.

‘Ala cerita lama’

Menjawab pertanyaan itu, Ella memaklumkan dia dan Rashid Sidek hanyalah sebagai kawan. Jawapan ratu rock Malaysia ini secara tidak langsung menepis segala dakw4an netizen mengenai gosip yang pernah melanda dirinya pada suatu ketika dahulu.

Ala cerita lama dan lagipun hanya kawan. Saya ialah peminat anak-anak Sidek.

Tidak terhenti di situ, ada seorang individu kemudian mengatakan pernah memasang niat mahu melihat Ella dan Rashid Sidek mendirikan rumah tangga dan sekaligus menjadikan ‘Wedding od The Year’. Ella dengan spontan dan berselor0h menjawab pada ketika itu dia sedang menunggu suaminya, Azhar Ghazali yang masih di bangku sekolah.

Tak, sebab I tengah tunggu husband. Waktu tu dia masih sekolah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: dnq

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*