Kereta R@muk Disondol Lori, Pemandu Myvi Terselamat Dapat Tepukan Semangat

Sejak petang tadi, tular pelbagai posting di media sosial yang melaporkan sebuah lori dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar beberapa kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

Seorang pengguna laman Facebook, Subash Lingam berkongsi dua rakaman kamera perakam video (dashcam) menerusi group ‘DashCam Owners Malaysia’ memaparkan detik-detik cemas kejadian tersebut.

Difahamkan, lori tanpa muatan itu datang dari arah belakang dan merempuh kira-kira lima kenderaan di hadapan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Selain itu, turut tular perkongsian daripada Mohd Fadzly Nordin menerusi group ‘Bro, don’t like that la, bro FAN PAGE’ memaparkan salah satu kenderaan yang dirempuh iaitu Perodua Myvi dilihat remuk teruk.

Berdasarkan rakaman berdurasi 21 saat itu, pemandu Myvi terbabit yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri dari kenderaannya sekali gus menerima sorakan serta tepukan semangat daripada orang awam.

Difahamkan lagi, kesemua mangsa selamat dan tiada kehilangan nyawa dilaporkan oleh saksi dalam kejadian berkenaan.

Antara perkongsian lain:

 

 

 

Kemas kini terbaharu

Menurut laporan Kosmo! Online, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pemandu lori tersebut didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: OMM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*