“Minta PM Hadiahkan..,” Aaron Aziz ‘Terliur’ Tengok Jam Camo Ismail Sabri, Walaupun Tengah Men4han S4kit Di H0spital

Meraikan sambutan Hari Kebangsaan di katil hospital, pelakon Datuk Aaron Aziz sempat mengemas kini akaun Instagramnya terpaut dengan jam tangan camouflage yang dipakai Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri.

Menerusi hantaran terbaharunya, Aaron meminta bantuan pengikutnya untuk mengenal pasti jenama jam tangan terbabit.

“Abang nak tanya sikit. Siapa tahu ini jam apa Perdana Menteri pakai? Korang kan tahu kurta abang camo, bag abang camo sampai isteri punya tudung pun camo.

“Tengah men4han s4kit di h0spital tiba-tiba nampak jam Datuk Seri Ismail Sabri pakai. Bergaya pula kan,” tulisnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Aaron turut mencuri tumpuan pengikutnya menerusi beberapa tanda pagar yang disertakan sekali dalam hantaran tersebut antaranya #AbangSakitTapiNakJam, #AbangSukaCamo dan #AbangPrayIsteriBelikan.

Rata-rata komen yang diberikan pengikut mendedahkan jam tangan yang digunakan Ismail adalah model Casio, G-Shock.

“Casio G-Shock GA-700CM,” tulis seorang pengikutnya.

“G-Shock Camouflage hijau kalau tak silap. Moga cepat sembuh Aaron. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan,” kata seorang pengikut lagi.

“Mohon PM hadiahkan abang jam sempena merdeka,” kongsi seorang lagi pengikut berseloroh.

Difahamkan jam tangan yang dipakai Ismail Sabri bernilai sekitar RM400.

Sementara itu, pelakon filem Ombak Rindu itu terdahulu mengemaskini akaun media sosialnya memaklumkan keadaannya kini sedang dir4wat di h0spital.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*