Atlet lontar peluru negara di Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Ziyad Zolkefli, 31 melalui detik cemas apabila pingat emas yang sepatutnya menjadi miliknya telah dibantah oleh pihak kontinjen Ukraine susulan masalah teknikal berhubung kelewatannya masuk ke call room sebelum acara bermula.
TAHNIAH! Pingat Emas Untuk Malaysia!!!! Dari Ziyad Zolkefli dalam Acara Lontar Peluru sekaligus memecha rekod dunia!, Hadiah paling manis untuk Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-64. Terima Kasih Ziyad#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/fvjyQlhLdn
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 31, 2021
Sebelum ini, Ziyad telah memecahkan rekod dunia apabila mencatat balingan sejauh 17.31 m pada balingan pertama. Selepas itu, dia sendiri memecahkan rekod tersebut apabila kembali mencatat balingan sejauh 17.94 m dan membolehkannya layak menggenggam pingat emas.
Namun begitu, seusai keputusan diperoleh, Ukraine telah membantah kemenangan Ziyad atas sebab masalah teknikal dan pingat emas dan perak diberikan oleh atlet Ukraine.
Seketeriat Malaysia telah membuat bantahan terhadap penarikan pingat yang sepatutnya menjadi milik Malaysia bersama 2 lagi negara, Australia dan Ecuador yang turut disenarai oleh pihak Ukraine dalam bantahannya sebelum ini.
TAHNIAH! Pingat Emas Untuk Malaysia!!!! Dari Ziyad Zolkefli dalam Acara Lontar Peluru sekaligus memecha rekod dunia!, Hadiah paling manis untuk Hari Kemerdekaan Malaysia yang Ke-64. Terima Kasih Ziyad#sokongmalaysia #ganbattemalaysia pic.twitter.com/fvjyQlhLdn
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 31, 2021
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu juga menerusi Twitternya memaklumkan pihak Kementerian Belia dan Sukan (KBS) turut sedang berusaha melakukan perbincangan dengan membantah bantahan yang dilakukan oleh Ukraine.
KSU KBS bersama CDM berada di lapangan. Protes Ukraine terhadap 3 negara amat lemah. Ketiga2, sedang counter protest. Doakan
— Faizal Azumu (@PejaOfPerak) August 31, 2021
Sama-sama kita doakan agar pingat Emas Ziyad dikembalikan.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: OMM
Leave a Reply