Ismail Sabri Umum Senarai Kabinet Baharu, Tiada TPM… KJ Dilantik Menteri Kesihatan

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan barisan kabinetnya untuk sama-sama menerajui pentadbirannya.

Dalam satu pengumuman yang disiarkan secara langsung pagi Jumaat, jawatan timbalan perdana menteri (TPM) tidak diwujudkan.

Sebaliknya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sekali lagi memegang jawatan Menteri Kanan (Perdagangan Antarabangsa dan Industri).

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula dilantik sebagai Menteri Kanan (Pertahanan), manakala Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sekali lagi memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan.

Selain itu, Datuk Seri Haji Fadillah Yusof memegang jawatan Menteri Kanan (Kerja Raya), diikuti Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin sebagai Menteri Kanan (Pendidikan).

Peling mencuri tumpuan tentunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kini menerajui Kementerian Kesihatan sebagai Menteri Kesihatan.

Untuk rekod, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Mac 2020 mengumumkan kabinetnya merangkumi 31 menteri dan buat pertama kali dalam sejarah tidak menamakan timbalan perdana menteri.

Sebaliknya dia mengumumkan pelantikan empat menteri kanan iaitu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Menteri Pertahanan, Menteri Kerja Raya dan Menteri Pendidikan.

Muhyiddin pada 7 Julai lalu melantik pula Ismail Sabri sebagai timbalan perdana menteri sebelum meletak jawatan pada 16 Ogos sebagai perdana menteri ke-8 kerana hilang majoriti.

Ismail Sabri pada 21 Ogos lalu secara rasmi diangkat menjadi perdana menteri kesembilan selepas mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*