SELEPAS 23 hari ditidurkan, isteri kepada pelakon Badrol Shah disahkan meningg4l dun1a pada pukul 8.15 pagi, Khamis akib4t posit1f Cov1d-i9 di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Menurut Badrol atau nama sebenarnya Badrol Shah Abdul Manan, dia sempat membacakan dua kali syahadah untuk isteri tersayang ketika doktor membuat panggilan video sekitar pukul 8 pagi.
Pernah berlaku kekeliruan dan salah maklumat tentang status isteri pada Ogos lalu, pelakon berusia 39 tahun itu kali ini reda dengan pemergian Allahyarham.
Badrol turut berkongsi perkara itu di Instagram.
“Isteri saya menghembusk4n naf4s terakhir pada pukul 8.15 pagi tadi di hospital selepas 23 hari ditidurkan akibat Cov1d-i9. Sekarang ini pihak hospital yang akan uruskan jenazah. Jadi, tak pasti lagi akan dikebum1kan di mana.
“Mungkin selepas solat Zohor barulah akan kebumikan jenaz4h arw4h isteri saya. Dalam pukul 8 pagi tadi doktor ada buat panggilan video, dan saya sempat membacakan dua kalim4h syahadah untuk arw4h.
“Kali pertama masa pihak hospital membuat kesilapan mengatakan isteri sudah meningg4l itu memang saya tak dapat terima. Tapi kali ini, saya serta seluruh keluarga sudah reda dengan pemergi4nnya,” ujarnya kepada mStar.
Difahamkan isteri Badrol bertarvng nyaw4 selama 45 hari selepas dijangkit1 wab4k Cov1d-i9 vari4n Delt4.
Mungkin selepas solat Zohor barulah akan kebum1kan jenaz4h arw4h isteri saya.
BADROL SHAH
PELAKON
Pelakon filem Busut Bonang itu berkongsi berita sedih mengenai pemerg1an isterinya iaitu Farah yang juga seorang guru agama di Sekolah Rendah Agama Lembah Keramat, Kuala Lumpur pada Khamis di Instagram.
Sebelum ini, Badrol mengesahkan isterinya sudah meningg4l dun1a selepas doktor yang merawat isterinya memaklumkan perkara itu kepadanya pada 10 Ogos lalu.
Namun selang beberapa hari berlaku kesilapan dan kekeliruan apabila doktor memaklumkan isterinya masih hidup namun berada dalam keadaan krtikal selepas ditidurkan pada 2 Ogos lalu.
Menerusi laporan mStar pada 12 Ogos lalu, Badrol berkata dia sendiri trauma dengan perkara itu selepas dikejutkan dengan maklumat salah bahawa isterinya sudah meningg4 dun1a.
Badrol bersama isteri dan anak-anak.
Badrol berkata dia tidak menyalahkan doktor kerana memahami kemungkinan doktor itu berada dalam keadaan penat menguruskan pesak1t Cov1d-i9.
Badrol berkahwin dengan Farah pada 2017 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Da’aiyatul Insyirah yang kini berusia dua tahun.
Pasangan ini juga pernah kehilangan anak sulung mereka yang kegugvran ketika kandungan isterinya memasuki bulan kelima pada tahun 2018.
Badrol turut menjaga tiga anak perempuan hasil perkahwinan pertama isterinya iaitu Putri Farah Nordina Dania, 12, Putri Farah Nordina Zawana, 11, dan Putri Farah Norhaziqah, 7 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply