Ada 4 Anak Dan 3 Cucu, Cantiknya Isteri Datuk Seri Hishammuddin!

Sebut sahaja Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pasti ramai yang mengenali figura politik terkenal tanah air ini. Nama beliau bukan lagi asing dalam arena politik negara bahkan sepanjang hampir 30 tahun pembabitannya, Datuk Seri Hishammuddin pernah memegang pelbagai portfolio dalam barisan menteri kabinet Malaysia.

Antaranya beliau pernah menyandang jawatan sebagai Menteri Pertahanan (2013-2018), Menteri Dalam Negeri (2009), Menteri Pelajaran (2004-2009), Menteri Belia dan Sukan (1999), dan Timbalan Menteri Perusahaan Utama pada tahun 1997.

Tahun ini nama Datuk Seri Hishammuddin sekali lagi menjadi bualan apabila beliau menerima pelantikan sebagai Menteri Luar Negeri pada 10 Mac lepas.

Di sebalik kejayaan Ahli Parlimen Sembrong ini ada wanita hebat bergelar isteri yang sentiasa menyokong di belakangnya. Setia menemani suami tersayang ke mana sahaja, kejelitaan yang dimiliki Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah ini benar-benar mencur1 tumpuan ramai.

Dengan raut wajah manis penuh kelembutan ditambah pula gaya elegannya, pasti ramai yang tidak menyangka beliau adalah ibu kepada empat cahaya mata. Apatah lagi Datuk Seri Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla tampak cukup romantis meskipun sudah hampir 34 tahun hidup bersama!

Mengint4i laman media sosial milik Datuk Seri Hishammuddin, selain berkongsi aktiviti dan tugas rasmi bersama rakyat, ahli politik ini juga tidak ketinggalan memuatnaik gambar di samping isteri dan keluarga tersayang. Daripada apa yang dikongsikan beliau, jelas terserlah ikatan kekeluargaan yang kuat di antara mereka biarpun anak-anak makin meningkat usia dan sudah berkeluarga.

Datuk Seri Hishammuddin merupakan anak kepada Perdana Menteri Ketiga, Tun Hussein Onn yang dilahirkan pada 5 Ogos 1961. Beliau telah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Datin Seri Marsilla Tengku Abdullah pada tahun 1986 iaitu tiga tahun sebelum beliau menceburkan diri dalam bidang politik.

Menelusuri latar belakang Tengku Datin Seri Marsilla, beliau ialah anak kepada Almarhum Tengku Arif Bendahara Pahang Tengku Tan Sri Abdullah Sultan Abu Bakar. Bapanya, Almarhum Tengku Arif Bendahara ialah adinda Sultan Pahang, Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Hasil perkongsian hidup selama lebih tiga dekad, Datuk Seri Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla dikurniakan empat anak iaitu Nasha Alyssa (31 tahun), Farris Hussein (27 tahun), Kyra Ariana (23 tahun) dan Fahd Hussein berusia 22 tahun. Anak sulung mereka, Nasha Alyssa berkahwin dengan anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa dan Tengku Datin Seri Zawyah iaitu Muhd Anas Zawawi yang kini dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ini bermakna Datuk Seri Hishammuddin dan isteri sudah pun mempunyai 3 orang cucu. Ketiga-tiga cucu comel mereka ialah Ayden, Adryan dan Nasha Alayna. Walau anak dah besar panjang dan sudah bercucu tapi Datuk Seri Hishammuddin dan Tengku Datin Seri Marsilla masih kelihatan awet muda. Bahkan mereka juga kerap keluar beriadah dan meluangkan masa berdua-duaan. Memang romantik!

Moga rumah tangga Datuk Seri Hishammuddin dan isteri tercinta diberkati Allah SWT dan berkekalan hingga ke syurga.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: nona

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*