Selepas Tgk Anwar Masih G@gal Jadi PM, Rafizi Tampil Bagi Satu Cadangan

Keadilan Sarawak kekal menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan calon Perdana Menteri Malaysia dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mendapatkan mandat rakyat.

Ini selepas terdapat kenyataan pihak tertentu yang cuba mempertikaikan kepimpinan Presiden PKR itu sebagai Pengerusi PH secara terbuka di media.

Menerusi kenyataan Ketua Penerangan Keadilan Sarawak Abun Sui Anyit, Keadilan Sarawak sentiasa berpandangan bahawa Ahli Parlimen Port Dickson itu sebagai antara pemimpin terbaik di Malaysia malah terkenal di seluruh dunia.

Namun, bakat kepimpinan beliau belum lagi diuji sepenuhnya kerana tidak diberi mandat meneraju pemerintahan sebagai Perdana Menteri.

‘’Keadilan Sarawak berharap agar semua rakan dalam kepimpinan PH sentiasa menjaga nama baik dan menghormati Majlis Presiden PH.

‘’Ini termasuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan umum atau media baik secara organisasi atau individu yang boleh mengelirukan penyokong dan rakyat sekali gus menjejaskan nama baik

PH di mata rakyat terutamanya kedudukan Anwar Ibrahim sebagai pengerusi,’’ katanya.

Selain itu, Keadilan Sarawak menyeru agar semua anggota di seluruh Sarawak untuk terus mengukuhkan parti di peringkat akar umbi bagi persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 dan PRU15 akan datang.

Rafizi: Tembusi luar bandar, tak cukup melalak di parlimen saja

Pakatan Harapan (PH) harus menggandakan usaha untuk menembusi kawasan luar bandar, kata bekas naib presiden PKR, Rafizi Ramli.

“Ini bukan soal strategi, tapi daya usaha.

“Sekiranya kamu mahu menembusi kawasan luar bandar, kamu harus ada ahli politik yang tahu bagaimana nak gerakkannya, ikhlas dan ingin tahu masalah luar bandar, daripada hanya melalak di Parlimen.

“Ia perlukan lebih daripada PKR dan Amanah untuk menarik undi Melayu,” katanya ketika berucap pada Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia 2021.

Bekas ahli parlimen Pandan itu menyorot kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan, dengan berkata strategi mereka ke arah memperoleh majoriti, bukan menumpukan terhadap keperluan orang ramai.

Katanya, PH terlampau menumpukan objektif untuk menjadi kerajaan sekali lagi sehingga mereka terpisah dengan rakyat.

“Malangnya ketika ghairah mendapatkan bilangan yang cukup untuk mengambil alih semula kerajaan, kamu langgar beberapa perkara – dan ia termasuk berpakat dengan orang yang kamu tentang,” katanya.

Untuk menuju ke hadapan, dia berkata pembangkang bermuhasabah terhadap kesilapan mereka dan memikirkan cara membentuk gabungan pembangkang yang dapat berfungsi lebih baik pada pilihan raya umum akan datang.

“Tidak cukup sekarang ini hanya dengan menjual idea reformasi dan berkata kita tidak korup daripada orang lain.

“Biarkan rakyat menilainya,” katanya.

Disember lalu, Rafizi memberi amaran kepada presiden parti PKR, Anwar Ibrahim tentang golongan oportunis di kelilingnya, dan meminta supaya bertindak segera terhadap individu tertentu dalam parti itu.

Kata Rafizi “budak-budak” terbabit hanya muncul selepas Anwar dibebaskan dari penjara dan apabila dia mempunyai peluang menjadi perdana menteri.

Penampilan awam pertama

Ini adalah penampilan pertama Rafizi di khalayak ramai sejak dia selepas mengumumkan berundur daripada politik pada 2019 selepas kalah menentang Azmin Ali dalam pemilihan PKR akhir 2018.

Apabila ditanya mengenai kepimpinan Anwar ketika ini, katanya tiada siapa yang boleh lakukan lebih baik berbanding Anwar buat masa ini.

“Saya rasa tidak adil untuk meletakkan semua kesalahan terhadap satu individu kerana kita sering kehilangan perspektif tentang apa yang telah kita capai dalam 20 tahun terakhir.

“Apa sahaja yang telah kita capai (setakat ini) disebabkan pendirian yang diambilnya pada tahun 1998, jika tidak, saya tidak akan berada di sini.

“Generasi golongan yang menjadikan 2018 (PH menang pilihan raya) mungkin tidak berada di sini,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Satkoba

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*