(VIDEO) Respon Remy Ishak Kali Ini Mmg Buat Rmai Trdiam Juga, Akui Byk Berita Mngenai Diri Nya

Kuala lumpur: Selesai sudah majlis pernikahan Remy Ishak dan pasangan, Ezza semalam yang difahamkan berlangsung di Masjid Negara. Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan lancar diatas izin Yang Maha Kaya.

Disini, min sinetronmalaya mendoakan kesejahteraan dan kebaikan buat pengantin baru dan semoga sentiasa dimurahkan rezeki. Artis atau pelakon yang popular mesti tidak asing lagi daripada peminat peminat yg fanatik mengenai dirinya. Popular di banyak halaman media sosial, ramai yang difahamkan patah hati dan ada meluahkan rasa sedih apabila Remy sudah berkahwin.

Kali ini berbeza dan mencuri perhatian ramai. Satu entri terbaru Remy Ishak menerusi halaman IG nya, dia sendiri respon pada salah satu video yang popular di aplikasi Tiktok. Namun, respon nya pada video tersebut memberi 100k tontonan walau dengan hanya 20minit selepas dimuatnaik oleh Remy.

Respon daripada Remy Ishak:

“Sejak dua hari lepas banyak betul message dari kawan-kawan dan family yang forward video seperti ini. Saya tahu mereka semua adalah peminat & penyokong yang bergurau untuk menceriakan hari saya, tapi kalau ada yang betul-betul patah hati, tolong maafkan saya, In shaa Allah saya akan tetap akan menghiburkan anda semua dalam projek yang akan datang. Terima kasih semua kerana masih setia bersama saya

Video dibawah:

Antara petikan respon netizen pada entri tersebut:

“Janji remy bahagia, kami pun bahagia..”

Semalam menerusi halaman kosmo, Remy juga ada menjawab beberapa persoalan yang lain seperti peranccangan untuk menimang cahaya mata.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas kelancaran majlis pernikahan kami. Maka bermulalah perjalanan baru bagi kami sebagai pasangan suami isteri, mohon mendoakan kebaikan serta kesejahteraan buat kami berdua.

“Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati oleh Allah SWT. Insya-Allah,” ujar kedua-dua pasangan suami isteri tersebut dalam satu kenyataan kepada media usai selamat diijabkabulkan.

Dalam majlis pernikahan itu, kedua-dua pasangan pengantin mengenakan busana hasil rekaan Mirul Jonit, serta ditatarias oleh jurusolek Chomel dan Adik Wan. Penata gaya pula oleh Tym Fatimah.

Berkongsi tentang titik tolak membulatkan keputusan untuk memperisterikan Ezza, Remy berkata, selain sedar wanita berkenaan sangat memahami dan mengubah dirinya menjadi seorang lelaki yang matang, usia yang semakin meningkat juga membuatkannya ingin segera mendirikan rumah tangga.

“Bagusnya tempoh Covid-19, saya semakin bersifat terbuka dan sebenarnya, kian sedar sudah lama hubungan saya dan dia (Ezza). Dari segi pemahaman dan peribadi semakin berubah. Karakter pun semakin matang.

Bercakap tentang zuriat, Remy atau nama lengkapnya Mohammad Zalimei Ishak itu berkata untuk memiliki lebih daripada tiga orang anak dalam tempoh lima tahun pertama perkahwinan mungkin sesuatu yang tidak mungkin mampu dilakukan.

“Kami tidak mahu tergesa-gesa tentang soal zuriat. Dunia sekarang tengah tak stabil. Ekonomi juga tak stabil. Segalanya macam berada dalam ketikdakpastian.

“Dua tahun pertama perkahwinan, kita relaks. Kalau ada rezeki, ada lah. Tak perlu orang kata, terlalu fikirkan tentang anak dan sebagainya. Kalau Allah bagi (anak), Allhamdulillah,” ujar Remy.

Remy ketika mendedahkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya pada Khamis lalu memberitahu, dia bersama isteri memang berniat untuk membuat majlis dalam suasana terbuka, namun keadaan semasa tidak mengizinkan.

“Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, Insya-Allah kami akan buat,” katanya.

Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: IG Remy & kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*