Coretan PiIu Seorang Suami

Sungai Petani: “Buat isteri aku, maafkan abang kalau abang gagal membahagiakan anak-anak dan isteri… ayah dah cuba buat yang terbaik, ingat pesan dan amanah ayah… solat dan al-Quran jangan bagi depa tinggal”

Itu coretan terakhir pengawal keselamatan, Mohammad Hafizuddin Abdul Halim, 36, kepada isterinya Sunani Yusuf yang dimuat naik dalam Facebook (FB) miliknya dua hari sebelum meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, Khamis lalu.

Dalam coretan itu, Allahyarham Mohammad Hafizuddin turut memohon maaf kepada ibu dan bapanya kerana tidak sempat membalas jasa mereka.

Malah, anak sulung daripada sembilan beradik turut berpesan kepada ahli keluarga supaya menjaga semua anaknya yang berusia dua hingga 13 tahun sekiranya dia sudah tiada.

Lebih menyedihkan, Allahyarham yang ditidurkan juga tidak mengetahui bapanya, Abdul Halim Abdullah, 59, meninggal dunia sehari sebelum itu di hospital sama.

Adik ketiga Allahyarham, Muhammad Hafizan Abdul Halim, 32, berkata, dia dan arwah memang rapat namun terpaksa menerima kenyataan yang abangnya sudah tiada buat selama-lamanya.

“Bukan saja abang, malah sehari sebelum itu kami sekeluarga terpaksa menerima berita pemergian bapa yang meninggal dunia juga akibat Covid-19 selepas dua hari dimasukkan ke hospital.

“Kami adik beradik terpaksa menghadapi semua ini dengan tabah dan kuat selain berharap dapat menunaikan permintaan arwah abang untuk menjaga keluarganya,” katanya.

Muhammad Hafizan berkata, abangnya terlebih dahulu dikesan positif dan menjalani rawatan selama 16 hari di HSAH namun kesihatannya merosot dan terpaksa ditidurkan selama dua hari.

“Selepas abang, bapa mula berasa badannya lemah dan demam namun arwah mendakwa itu berlaku kerana dia terlupa makan ubat darah tinggi dan kencing manis yang dihidapinya.

“Bagaimanapun, selepas dibawa ke hospital, dia didapati positif Covid-19 sebelum ditahan dan diberikan rawatan kecemasan,” katanya.

Menurutnya, selepas dua hari menerima rawatan bapanya meninggal dunia jam 10.42 malam Rabu disusuli abang jam 7 malam keesokannya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*