“Semalam P0lis ke Rumah C4ri Bah4n Bvkti Tapi,” -Apa yg Ebit Lew Buat Semalam Ramai R3spek

Pendakwah terkenal, Ebit Lew memberitahu akan terus membuat kebaikan sampai m4ti dan memaafkan semua pihak yang memfitn4hnya.

Ebit percaya ujian yang menimpa kerana ALLAH sayang turut memberitahu memaafkan apa yang terjadi dan memaafkan sesiapa sahaja.

“Perkara ini membuatkan saya lebih bersemangat dan saya akan terus membuat kebaikan sampai saya m4ti,” katanya kepada media selepas memberikan keterangan di Bukit Aman di sini pada Khamis.

Ebit dipanggil ke Bukit Aman, bagi membantu sias4tan berhubung kes g4ngguan seksu4l yang dijalankan oleh Bahagian Sias4tan Jen4yah Seks.ual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Sias4tan Jen4yah (JSJ) Bukit Aman.

Pendakwah itu tiba bersama peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican pada jam 9.30 pagi sebelum keluar dari Bukit Aman pada jam 2 petang.

Terbaru, Ebit Lew terus menjalankan kerja-kerja dakwa seperti biasa dan menyampaikan misi bantuan kepada penduduk di Yan Kedah

“Ziarah dan misi bantuan ke Yan Kedah. Bawa hadiah Tilam dan barang makanan serta sumbangan. Sebak lihat di pusat operasi menyelamat ini lebih 300 orang. Tadi berjumpa Ketua pengarah Bomba Kedah yang bekerja keras dalam misi ini bersama Bomba, PDRM, APM, Rescue Bencana Malaysia, dan Ngo lain yang dari awal membantu.

Masjid Jamek Yan dan Sekolah Kebangsaan Hj Nyak Gam menjadi tempat tumpuan NGO membantu. Sekolah habis semua komputer,alatan, meja, perabot,sehingga semua cakap sama semua pakaian habis sampai tiada pakaian dalam. Ramai yang cuma dapat selamatkan diri je. Perabot dan barang elektrik semua habis. Sedih lihat mereka. Berat ujian.

Petugas bertungkus lumus mencari mangsa banjir. Belum pernah terjadi sebesar ini kata mereka. Kami bersama team Masjid Jamek Yan dan Masjid Ahmadiah bawa sedikit bantuan dan sumbangan buat petugas disini. Semoga menjadi asbab kebaikan”

Hanya pemeriksaan biasa di rumah Ebit Lew – p0lis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) hanya melakukan pemeriksaan biasa di kediaman pendakwah, Ebit Lew di Setia Alam semalam bagi membantu siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan pendakwah itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pemeriksaan untuk mendapatkan bahan bukti merupakan antara prosedur yang perlu dilakukan pihak polis dalam melengkapkan kertas siasatan.

“Kita hanya melakukan pemeriksaan yang biasa dilakukan dan ia bertujuan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ringkas ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut sekiranya terdapat barangan yang dirampas ketika pemeriksaan di kediaman pendakwah terbabit dilakukan.

Kosmo! semalam melaporkan, polis melakukan pemeriksaan bagi mencari bahan bukti di rumah pendakwah terkenal, Ebit Lew di Setia Alam, dekat sini.

Ia susulan tiga buah kenderaan disyaki milik PDRM dilihat memasuki kawasan berkenaan kira-kira pukul 4.15 petang.

Selang beberapa minit kemudian, kelihatan sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna hitam yang mempunyai logo badan kebajikan pendakwah terbabit turut memasuki kawasan perumahan itu.

Siasatan terhadap Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew dilakukan susulan laporan polis yang dibuat oleh beberapa individu yang mengaitkan pendakwah terkenal itu dengan dakwaan g4ngguan seks.ual.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Trending

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*