Ini Video Terkini Tab@hnya Shuib Menjaga Anak- Anak

Tulisan terakhir buat Siti Sarah -nukilan shuib utk isteeri tersayang

Allahyarham Siti Sarah Raisuddin memperoleh syahid dalam kematian bersama redha suaminya, Shuib – pemergian yang didambakan oleh ibu-ibu, para isteri dan seluruh ummah. BERKALI-KALI saya memadam mukadimah tulisan ini. Tulis, padam, tulis, padam, tulis, padam sehingga tidak terhitung jumlahnya.

Saya tidak tahu di mana mahu memulakan cerita kerana saya benar-benar tidak bersedia untuk melakukannya.Apa lagi dengan keadaan fikiran saya yang sangat berserabut dan buntu ekoran emosi saya benar-benar terkesan sebaik menerima kiriman WhatsApp pada pukul 5.33 pagi memaklumkan pemergian Siti Sarah Raisuddin ke rahmahtullah.

Terasa dada saya begitu sesak seakan ditimpa benda yang berat.Allahuakbar, hanya perkataan itu terpacul dari mulut saya.Siti Sarah sudah tiada! Jujur, saya sangat menggigil apabila mendapat khabar duka itu di awal dinihari.Usai Subuh, beberapa minit selepas pengesahan berita pemergiannya diperoleh, laman media sosial dihujani dengan ribuan nota sedih.

Banyak catatan yang menyentuh perasaan dapat dibaca di Facebook, Instagram dan Twitter.
Ramai selebriti, wartawan hiburan, kenalan, ilmuwan agama dan peminat-peminat Siti Sarah memuat naik hantaran berkongsi rasa sedih.

Apa yang menangkap perhatian saya ialah bukan sedikit jumlah orang menyayangi Siti Sarah.
Kecintaan, kasih sayang dan rasa hormat masyarakat padanya dapat dilihat melalui tulisan-tulisan indah.Antara apresiasi orang ramai terhadap Siti Sarah yang sempat dibaca adalah tulisan seorang sahabat saya yang tidak mengenali Allahyarham secara peribadi, namun, benar-benar terkesan dengan berita pemergian penyanyi itu.

Tulis teman saya itu: “Bersinarnya dalam dunia seni. Bersinar lagi bintangnya tatkala kembali kepada Allah SWT. Rupanya namanya sering disebut oleh malaikat tanpa disedari manusia kerana amal kebaikan tanpa batas.”Beruntungnya kamu Siti Sarah, terlalu ramai yang mendoakan kamu, bisik saya

dalam hati.Lebih membuatkan ramai yang mencemburui pemergian penyanyi yang berjiwa besar itu ialah penutup kehidupannya diiringi pelbagai tanda husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik.

Keadaan Terkini Shuib, Mama dan Anak Anaknya, Tabahnya Hati Mereka Dengan Pemergian Siti Sarah

Ini komen2 peminat

SediH nye nengok video Dorang ni.muga terus tabah n kuat menghadapi hari²mendatang.muga Shuib terus berakasi sayang pd anak²nye yng masi kecil²itu.biar anak itu tdk merasa kehilangan,walau ibu nye telah tiada..Alfatihah utuk Arwah nya Aamiinn yba

Pn Rohani Ahmad Razali
Sedihnya. Mengalir semula air mata ini. Semoga Shuib dan keluarga kuat dan tabah serta dipermudahkan kehidupannya sekeluarga. Untuk arwah siti sarah, semoga tenang dan damai di sana bersama mereka yg beriman.

Shuib untung masih ada mak dan mak sentiasa ada untuk anaknya.

Sarada nair Sarada
saya sangat bangga dengan shuib. .he so loving person. .my favourite singer siti Sarah and God bless you all. ..im so proud to see shuib. .

Siti Ashah
Semoga Shuib bertambah kuat dan menjadi ayah yg soleh utk mendidik anak supaya menjadi anak2 yg soleh dan solehah dan sentiasa dpt membezakan antara yg batil dan yg haq(benar).Aamiin

mmi aimf
Btol² muka arwah ibu dia la uwais..usia mcm uwais, pemergian ibu sgt terasa sbb dia da fhm.. sy usia 7thn masa mak meninggal mmg x fhm ape² la..smoga anak² shuib m’besar dgn smpurna, soleh+solehah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Kehidupan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*