Akhirnya Remy Ishak Dan Pasangan Selamat Diijabkabulkan

PETALING JAYA: Pelakon, Remy Ishak, 39 bakal menamatkan zaman bujangnya bersama usahawan, Ezza Yusof, Sabtu ini.

Remy atau nama sebenar Mohammad Zalimei Ishak mengesahkan perkara itu menerusi sebuah rancangan televisyen.

“Kedua-dua belah pihak telah bersetuju dan kalau tiada aral melintang, majlis akan berlangsung pada Sabtu ini, insya-Allah.

“Pernikahan akan berlangsung di masjid sekitar Kuala Lumpur dengan kehadiran beberapa orang mengikut p.rosedur o.perasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

“Kalau boleh saya memang nak buat majlis dalam suasana terbuka, ada kawan-kawan dan sebagainya tapi tak boleh. Insya-Allah, selepas semua dah okey nanti dan dibenarkan buat majlis, insya-Allah kami akan buat,” katanya.

“Tiada sebarang persiapan besar majlis akan berlangsung mengikut prosedur operasi standard. Kalau ada rezeki barulah fikir selanjutnya,” katanya.

Remy membuat pengumuman itu menerusi saluran GempakTV pada malam Khamis.

Meskipun tidak menyatakan secara lanjut mengenai bakal isteri, Remy berkata wanita itu cukup istimewa di matanya.

“Dia seorang yang istimewa, baik dan b.uruk dia saya tahu.. biarlah saya simpan dahulu. Saya akan kongsi lebih detail mengenai pasangan saya nanti,” ujarnya.

Remy dan Ezza pernah mengikat tali pertunangan pada 2017, namun ikatan perhubungan mereka p.utus pada 2019. Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan kembali pulih tahun ini selepas Remy membuat kejutan meraikan hari jadi Ezza di sebuah restoran.

Ia sekali gus mengesahkan ikatan cinta mereka kembali bertaut. Difahamkan pasangan itu sepatutnya mengadakan majlis pernikahan pada Mei lalu, namun disebabkan p.andemik C0vid-19 majlis itu terpaksa dib.atalkan.

Menerusi temubual bersama media sebelum ini, Remy mengakui hubungannya dengan Ezza penuh ujian dan d.ugaan.

Akad Nikah Remy Ishak

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*