Setelah Nama Ismail Sabr! Dipetik Bakal PM Sekali Nazri Buka Mulut

Setelah nama Ismail Sabri naik, Nazri minta semua MP Umno lupakan sngketa. Keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UM.NO dan 41 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menamakan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disifatkan sangat tepat.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz ketika berkata demikian mengajak semua Ahli Parlimen UM.NO agar melupakan sngketa lalu dan bersatu dalam membantu kerajaan Perikatan Nasional (PN) mela.wan CVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.

Beliau merakamkan penghargaan kepada MT UMNO dan semua parti dalam PN yang bersetuju memilih

Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Saya ucapkan terima kasih kepada MT UM.NO dan Ahli Parlimen BN kerana membuat keputusan tepat memilih Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.

“Kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional juga saya ucapkan terima kasih kerana turut menamakan Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri kesembilan.

“Kini masa untuk semua ahli parlimen UM.NO melupakan sngketa lalu dan kembali bersatu demi memastikan usaha kerajaan melawn CO.VID-19 dan membantu memulihkan ekonomi negara dan rakyat berjaya,” katanya kepada Astro AWANI.

Nazri berkata tidak ada sebab untuk Ahli-Ahli Parlimen UM.NO untuk tidak bersama dengan kerajaan PN kerana pemilihan Ismail Sabri membolehkan UMNO kembali menerajui kerajaan bersama rakan-rakan dalam PN.

Beliau menegaskan, semua usaha seharusnya ditumpukan kepada membantu rakyat yang sememangnya menjadi fokus utama UM.NO selama ini.

“Dengan pemilihan Ismail Sabri ini, UMNO kembali menerajui kerajaan dengan disokong oleh rakan-rakan dalam PN.

“Kita (Ahli Parlimen UMNO) perlu buktikan kepada rakyat bahawa kita adalah parti yang mengutamakan rakyat.

“Tidak perlu lagi kita bert.lagah dan fokus kepada usaha la.wan CVID-19 dan memulihkan ekonomi negara,” katanya lagi.

Jawatan Perdana Menteri kosong ekoran Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan selepas kehilangan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Difahamkan Ismail Sabri memiliki sokongan 114 Ahli Parlimen PN dan BN bagi mengisi jawatan perdana menteri.

Um.no sebulat suara sokong Ismail Sabri calon PM

Umno dikatakan mencapai kata sepakat untuk menyokong Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri bagi menggantikan Muhyiddin Yassin.

Menurut sumber Umno, persetujuan itu dicapai hasil pertemuan ahli-ahli parlimen parti itu di Kuala Lumpur sebentar tadi.

Beberapa sumber – termasuk dari kem Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi – memberitahu Ismail Sabri akan mendapat sokongan semua 38 ahli parlimen parti terbabit.

Katanya langkah itu diambil sebagai usaha mengelakkan perpecahan berlaku dalam Umno.

Semenara itu ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Armand Azha Abu Hanifah, dalam hantaran di Facebok berkata, dengan sokongan tersebut ahli parlimen Bera itu dijangka akan memiliki sokongan 115 ahli parlimen.

Jika menjadi kenyataan, jumlah itu mencukupi untuk naib presiden Umno terbabit mendapat sokongan majoriti di parlimen.

Sementara itu Azalina Othman Said ketika ditanya mengenai keputusan itu mendapat persetujuan MKT Umno menjawab: “Ya”.

Sementara itu Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein, berkata keutamaan baginya ialah kestabilan politik negara dan berharap keputusan yang akan dibuat Yang di-Pertuan Agong nanti dapat mewujudkan keadaan itu.

Hal itu kerana, katanya, negara perlu memberi tumpuan kepada isu yang lebih penting iaitu menangani pandemik Covid-19.

“Cukup-cukuplah berpolitik,” katanya yang ditemui media selepas pertemuan dalam kalangan ahli parlimen Umno malam ini.

Selepas Agong membuat keputusan, katanya, semua pihak perlu memberi fokus kepada agenda negara dan bangsa.

“Kita tak boleh benarkan politik negara sebegini rupa selama-lamanya. Banyak kerja lain kita kena buat,” katanya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : astroawani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*