Selepas Keluar Dari Istana, Ini Kata2 Mungkin Bakal PM Ke 9 Kpd Wartawan

Yang di-Pertuan Agong telah menggesa ahli politik untuk bersatu bagi melawan Covid-19 dan menempa “politik baru”, menurut Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bercakap dengan pemberita selepas sesi menghadap pemimpin parti politik dengan Agong hari ini, Anwar berkata semua yang hadir turut mencapai konsensus untuk menghentikan “politik lama”.

“Agong memulakan titah dengan kata-kata nasihat, peringatan bahawa negara dalam kemelut politik dan perlembagaan, dan harus bersatu untuk hadapi Covid-19 dan (memulihkan) ekonomi.

“Agong juga menyebut (peruntukan) perlembagaan (berkenaan) calon (perdana menteri) yang ada sokongan majoriti ahli parlimen, tapi bentuk politik kena berubah,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata pihak yang “menang” tidak boleh bertindak menekan “pihak kalah” seperti sebelum ini.

Selain Anwar, turut menghadap Agong hari ini adalah Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin, dan wakil daripada GPS dan Warisan.

Turut serta adalah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, yang merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

Sesi menghadap hari ini susulan peletakan jawatan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri setelah hilang sokongan majoriti.

Menurut Anwar lagi, semua yang hadir perlu mencapai konsensus untuk menghentikan politik lama yang “melelahkan dan membosankan”.

“Kita akan jurus semula ke arah membangunkan.

“Isu bukan saja (berkenaan) pelantikan perdana menteri baru, tapi lebih penting seperti yang ditekankan Agong dan timbalan Agong adalah untuk menggagaskan satu bentuk politik baru yang lebih aman dan nyaman untuk rakyat,” katanya lagi.

Antara yang hadir hari ini, hanya Anwar yang bercakap dengan pemberita.

Tidak jelas sama ada Agong menitahkan satu pembentukan kerajaan perpaduan atau tidak – tetapi tafsiran itu tercetus ekoran kenyataan Anwar.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu hantaran Facebook, berkata semua parti politik perlu berkompromi untuk membentuk kerajaan perpaduan.

“Semoga semua parti politik dapat menerima baik titah dan saranan Agong agar berkompromi secara bersama membentuk kerajaan perpaduan demi menangani pandemik dan menguruskan kesejahteraan rakyat.

“Ini sekaligus dapat menurunkan suhu politik dalam negara,” katanya.

Hari ini Agong menitahkan ahli Dewan Rakyat untuk membuat akuan bertulis dengan menamakan calon pilihan sebagai perdana menteri.

Mereka diberi masa sehingga jam empat petang esok untuk mengemukakannya.

Warisan sokong PH jika Anwar raih nombor ‘magis’ – Azis

Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Mohd. Azis Jamman mendedahkan bahawa Warisan akan menyokong Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika beliau mendapat nombor ‘magis’.

Beliau berkata, Anwar perlu mendapatkan sekurang-kurangnya tujuh lagi sokongan ahli Parlimen.

“Warisan akan menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika Anwar boleh melepasi angka magis dan berharap PH dapat memberikan hak kepada Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal jika Anwar tidak melepasi angka magis itu.

“Sebagai pengesahan, pembangkang sekarang ada sokongan 105 ahli Parlimen termasuk Warisan. Kami berharap Anwar boleh mendapat tujuh lagi untuk mencapai angka 111,” katanya dalam akaun Twitter miliknya.

Pada masa sama, Mohd. Azis turut mendedahkan bahawa parti-parti pembangkang lain turut menyatakan sokongan kepada Anwar.

“Termasuk Warisan, Parti Pejuang, Parti Muda serta Parti Sarawak Bersatu (PSB) semua bersetuju untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Lagi tujuh ekstra Anwar kena cari. Minimum 111 daripada 220 ahli Parlimen. Setakat ini kita ada 105 ahli Parlimen,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber : MK

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*