“Langit Gelap Masa Tan Sri Keluar Istana” – Linda Rafar Sed1h Muhyiddin Yassin Letak Jawatan

Berita mengenai Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8 pada Selasa ternyata memberikan kesan kepada ramai rakyat Malaysia.

Selebriti Tanah Air Bersedih 

Di media sosial,ramai yang berterima kasih kepada Muhyiddin atas jasa dan khidmatnya selama ini sebagai Perdana Menteri . Tidak terkecuali selebriti-seleberiti popular tanah air seperti Mila Jirin, Heliza Helmi, Amelina dan Linda Rafar turut berkongsi ucapan terima kasih dan rasa sedih mereka di laman Instagram.

“Langit Gelap Masa Tan Sri Keluar Istana”

Via Insta-story Linda Rafar

Itulah gambaran yang diberikan oleh Linda atau nama sebenarnya Azlinda binti Rafar ketika melihat kenderaan Muhyiddin bergerak keluar dari Istana Negara sewaktu siaran langsung berita figura itu meletakkan jawatan ditayangkan secara langsung di kaca televisyen dan platform media sosial.

Linda Anggap Muhyiddin Sudah Buat Yang Terbaik 

Menurut Linda, dia berterima kasih dan menyifatkan Ahli Parlimen Pagoh itu telah melakukan yang terbaik buat Malaysia. Menerusi hantaran yang dimuatnaik oleh Linda, video Muhyiddin tersebut telah mendapat lebih dari 160,000 ribu tontonan serta turut dibanjiri 1,400 komen daripada pengikutnya yang berkongsi rasa sedih mereka.

Dalam perkembangan lain, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: murai

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*