“Mohon Doa Kalian…” -Elyana Sekali Lagi Diuji

PETALING JAYA – Dij4ngkiti C0vid-19, pastinya sesuatu yang sangat dit4kuti semua orang apatah lagi apabila melihat graf harian k3s C0vid-19 seperti tidak menunjukkan perubahan ketara ketika ini.

Perkara sama turut membelenggu penyanyi Elyana apabila ibu tercinta disahkan p0sitif wabak berkenaan hari ini.

Berita tersebut dikongsikan Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33, menerusi satu hantaran dalam InstaStory sebentar tadi.

“Assalamualaikum. Hari ini, mama saya Shamsidar Alias disahkan p0sitif C0vid-19. Alhamdulillah ahli keluarga yang lain negatif.

“Saya mohon doa kalian untuk mama saya supaya diberikan kesembuhan segera dan kekuatan untuk melawan sakit ini. Tolong doakan mama saya,” tulisnya.

Pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu itu bagaimanapun tidak berkongsi maklumat terperinci tentang perkara tersebut.

Dalam masa beberapa hari ini, terdapat selebriti lain yang turut dijangkiti wabak berkenaan iaitu pelakon Yusuf Bahrin dan Jue Aziz.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Sementara pelakon Yana Samsudin juga turut melalui situasi yang sama apabila seramai 12 orang ahli keluarganya termasuk dua kakak dan anakyang berada di Yong Peng, Johor dij4ngkiti C0vid-19.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber:K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*