Kes!an Anak Tunggal Sunyi Ikuti PdPR Sendirian, Si Ibu G!gih Set Up Koperasi, Kantin Di Rumah

P4NDEM1K Covldl9 yang mel4nda sejak lebih setahun lalu turut mengubah landskap pendidikan negara.

Kini, murid-murid terp4ksa mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) dalam usaha mengekang penvlaran w4bak berb4haya itu.

Di Kota Bharu, Kelantan, seorang ibu tampil dengan idea kreatif bagi menjadikan sesi PdPR anaknya lebih ‘meriah’ dengan memperkenalkan koperasi dan kantin di kediaman mereka.

WhatsApp Image 2021-08-14 at 7.02.58 PM (2)

Hanim memperkenalkan kantin dan koperasi di rumahnya.

Menurut Hanim Muhammad, idea itu timbul selepas dia melihat anak tunggalnya, Muhammad Reezqi Rayqal Ahmad Naim, 10, yang sepi belajar sendirian sejak PdPR dilaksanakan.

“Reezqi merupakan anak tunggal saya. Kebetulan pula disebabkan p4ndem1k, bisnes event planning saya pun tak dapat dijalankan, jadi saya memang fokus kepada dia saja di rumah.

“Apabila PdPR di rumah, dia memang bersendirian dan tiada kawan. Berhubung dengan kawan pun secara atas talian. Sepanjang p4ndem1k, memang tak keluar rumah. kalau keluar pun, duduk dalam kereta.

“Saya terfikir nak bagi dia ada pengalaman bersekolah seperti biasa. Jadi saya wujudkan koperasi dan kantin di rumah. Saya tengok dia pun makin seronok nak belajar,” ujarnya yang mesra disapa Hanim kepada mStar.

Menurut wanita berusia 40-an itu, dia mengakui simp4ti dengan nasib kanak-kanak dalam era p4ndem1k ini yang tidak dapat mengikuti pengajian seperti biasa.

Malah katanya, dia berharap anak lelakinya yang menuntut di Sekolah Kebangsaan Islah, Kota Bharu agar terus cekal meneruskan usaha menuntut ilmu dalam waktu suk4r ini.

Kita kena peka dengan anak-anak, tanya keadaan mereka setiap hari khususnya berkaitan PdPR.

HANIM

“Kantin dan koperasi yang saya wujudkan tidaklah dijalankan setiap hari. Biasanya kami buat mungkin seminggu sekali.

“Tapi dia memang ada jadual sekolah, termasuk dengan waktu rehat sekali. Jadi saya akan isi waktu rehat Reezqi dengan makan, buat permainan ringkas dan sebagainya.

“Paling utama, saya rasa kesian sebab mereka tak dapat alami pengalaman sekolah seperti biasa dan tak ada peluang nak berkomunikasi dengan kawan-kawan seperti biasa.

WhatsApp Image 2021-08-14 at 7.02.58 PM

Reezqi bersama kedua ibu bapanya.

“Harapan saya supaya p4ndem1k ini berlalu pergi dan kita boleh teruskan hidup seperti biasa. Rindu suasana dulu-dulu,” ujarnya lagi.

Menurut Hanim, dia turut berkongsi video kantin dan koperasi khas itu menerusi Instagram dengan tujuan memberi inspirasi kepada ibu bapa di luar sana.

“Saya cuma nak berkongsi dengan golongan ibu bapa. Saya tahu tak semua orang ada masa seperti saya, ada juga ibu bapa yang bekerja sebagai frontliners, mereka sangat sibuk.

WhatsApp Image 2021-08-14 at 7.02.58 PM (1)

Reezqi meminati subjek Sains dan Matematik.

“Apa yang saya buat, tidaklah memerlukan kos tinggi. Cuma kena ada sedikit effort untuk bagi pengalaman kepada anak. Saya pun tak expect semua orang buat macam tu.

“Cuma kita kena peka dengan anak-anak, tanya keadaan mereka setiap hari khususnya berkaitan PdPR. Kena sentiasa cakna dengan apa yang anak kita buat,” ujarnya lagi.

Bercerita mengenai Reezqi, Hanim mendedahkan dia merupakan seorang anak yang ceria dan menyimpan hasrat bergelar angkasawan suatu hari nanti.

reezqi2

Reezqi kini mengikuti PdPR berikutan p4ndem1k Covldl9 yang mel4nda negara.

Tambahnya, anak lelakinya itu turut meminati subjek Sains dan Matematik.

“Reezqi ceria di rumah, cuma dia sedih sebab lama tak jumpa sepupu-sepupu yang tinggal di luar Kelantan.

“Dah lama tak dapat jumpa, dah dua kali Hari Raya Aidilfitri disambut dalam keadaan pandemik. Mungkin dia rindu sangat dengan mereka semua,” ujarnya lagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*