’14 Ahli Keluarga Positif Termasuk Mak & Abah’ – Yana Samsudin

Pelakon Yana Samsudin, 36, mengesahkan 14 ahli keluarganya di Yong Peng, Johor positif v1rus c0vid-19.

Menurut Yana atau nama sebenarnya Norliana Samsudin menyatakan ibu bapanya antara yang dijangk1ti w4bak m4ut tersebut.

Bismillah, keputusan keluar hari ini. Semua ahli keluarga saya di Yong Peng Johor positif c0vid-19 .

Astagfirullahalazim.. Allah Maha Besar Maha Mengetahui segalanya. Mak, abah dan semuanya, please stay strong . Kami jauh.

Sebelum ini pada Ahad, pelakon filem Adnan Semp-it memberitahu seramai 12 orang yang positif namun jumlah itu meningkat pada Isnin.

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Fadzil Zahari mengingatkan individu yang menjadi kontak rapat keluarganya agar segera melakukan ujian calitan.

Assalamualaikum dukacita dimaklumkan ahli keluarga saya iaitu Kak Yati dan Kak Liza disahkan positif c0vid-19. 12 orang semuanya termasuk anak-anak.

Sesiapa yang dah berhubung secara rapat boleh membuat ujian calitan sebab Kak Long saya tidak bergejala. Anak Kak Ngah saya juga tidak bergejala. Sama-sama kita jaga kesihatan. Tak tahulah nak sedih atau apa. Semoga mereka kuat dan sihat semuanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Oh Bulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*