“Gambar Freeha!r Dalam Telefon Pun Saya Delete Tak Mahu Simpan” -Lama Pasang Niat, Akhirnya Fieya Julia Nek@d Bertudung

SUDAH lama menyimpan hasrat mengenakan hijab, akhirnya penyanyi Fieya Julia tampil dengan imej menutup aurat.

Menurut Fieya atau nama sebenar Nur Syafiyah Sejali, 21, dia mengubah penampilannya itu atas kerelaan diri kerana mahu menjadi seorang muslimah yang lebih baik.

“Saya mula mengenakan tudung pada Jumaat lalu. Sebelum ni saya memang teringin nak bertudung tapi rasa belum bersedia kerana risau keputusan itu akan mengganggu perjalanan karier.

“Sekarang ini saya dah tak kisah, saya pilih untuk terus bertudung dan mahu berubah ke arah yang lebih baik. Sejujurnya, awal-awal sebelum buat keputusan berhijab, ada sedikit rasa bimbang tapi saya anggap ini dugaan dan kena terus kuat.

“Inilah masanya untuk saya persiapkan diri dengan hal agama… kalau orang tanya apa sebab saya bertudung, memang susah nak terangkan tapi itu la hakikatnya. Apa yang saya lakukan ini adalah atas kemahuan saya sendiri,” katanya kepada mStar.

fieya 2

Fieya mohon peminat doakan dirinya istiqamah menutup aurat.

Sementara itu, Fieya berkata dia sudah memadam gambar-gambar lamanya di media sosial termasuklah dalam simpanan telefon bimbit.

Dalam masa sama, penyanyi lagu Perasaanku ini mengakui dirinya menjadi lebih tenang selepas mengambil keputusan mengenakan hijab.

fieya 3

Fieya padam foto-foto sekksi sebelum ini.

“Saya dah padam semua foto yang ada di media sosial… malah gambar dalam telefon bimbit pun saya padam supaya tak rasa tergoda dengan gambar lama. Saya tak mahu simpan gambar freehair.

“Selepas bertudung ni saya rasa lebih tenang setiap hari. Sebelum ini saya agak tertekan, tapi sekarang ini saya rasa lebih bersemangat dan positif.

“Saya suka dengan suasana sekarang ini, akhirnya saya dapat capai impian saya untuk terus bertudung dan doakan saya istiqamah dalam mencari keredaan Allah,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*