“Jadikan Habit & Sebagai Rutin” -B!mbang Diri Tak Bangun Semula Esok Hari, Ni 4 Amalan Neelofa Lakukan Sebelum Tidur!

 

Selebriti yang juga usahawan berjaya, Neelofa  mengamalkan 4 perkara ini sebagai rutin sebelum melelapkan mata. Akui nya, rutin tersebut dilakukan kerana bimbang diri tidak bangun semula dari tidur keesokan hari.

Perkara itu pernah dikongsikan  Neelofa Menerusi  Instagram @kasihneelofa penghujung tahun yang lalu.

Empat perkara penting ini boleh kita lakukan mulai hari ini. Jadikan habit dan sebagai rutin.

Andai diberi kesempatan bangun semula pagi esoknya, maka kita bersyukur.

“Andai dah tak bangun, sekurang-kurangnya kita sudah langsaikan segala sebelumnya. Mulai hari ini, okey, 1 Disember. Bismillah.”

Berikut adalah 4 perkara yang akan dibuat oleh Neelofa sebelum tidur:

1-Selesaikan yang wajib (solat isyak).

2-Selesaikan semua konflik dengan manusia lain. Kalau tak boleh selesai, maafkan.

3-Ambil masa bercakap dengan Allah. Duduk seorang diri dan cakap apa yang kita lalui, Apa kita jumpa hari itu dan apa kita harapkan kebaikannya. Hanya bercakap sahaja.

Contoh: “ Ya Allah, hari ini aku berjumpa dengan seorang ini Ya Allah, baiknya dia, banyak dapat belajar daripadanya, lindungi dia Ya Allah.

4-Selesaikan semua urusan besar. Tulislah pesanan atau wasiat bimbang-bimbang kita dah tak bangun esok hari.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: PM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*