“Bersangka Baik Dengan Allah, Berdamailah Dengan Takd!r” – WHI Tayang Episod Khas Siti Sarah, Fahrin Ahmad Zahir Rasa Seb@k

Hari ini, program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI) telah pun membicarakan mengenai topik ‘Menghayati Nikmat Syukur’ khusus buat mereka yang baru sahaja kehilangan orang-orang tersayang ketika fasa sukar ini.

Segmen pada hari ini juga turut diadakan khas bersempena memperingati pemergian penyanyi, Allahyarham Siti Sarah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wanita Hari Ini (@whitv3)

Program berkenaan nyata menyentuh hati banyak pihak termasuklah buat pengacaranya sendiri yang juga merupakan pelakon, Fahrin Ahmad.

Fahrin yang dilihat tidak dapat menahan seb4k berharap agar topik yang dibahaskan pada hari sedikit sebanyak dapat mengembalikan semangat buat mereka yang sedang berhadapan dengan dugaan yang sangat berat.

Jelas Fahrin, sebagai manusia, kita hendaklah sentiasa menerima segala takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan meskipun ia bertentangan dengan apa yang kita harapkan.

“Takdir…Berdamai dengan takdir. Buat semua yang keh1langan, diduga dengan takdir yang pada bat4s ak4l dan perasaan manusia tidak menyebelahi kita, semoga petikan ini dapat memberi kalian semangat dan kekuatan untuk bangk1t dan meneruskan kehidupan,” tulisnya.

Perkongsian tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Lockdown itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, Fahrin turut menambah, dia juga tidak dapat membayangkan sekiranya perkara sam4n turut menimpa dirinya

“Saya sebak terkenang isteri, anak dan keluarga. Apatah lagi berontak jiwa manusia yang lemah bila takdir tidak ikut kehendak hati. Bersangka baiklah dengan Allah. Berdamailah dengan takdir,” jelasnya lagi.

Pada episod kali ini, WHI turut menjemput beberapa tetamu undangan antaranya, Ustazah Asni Mansor, penyanyi, Azharina serta bekas pengurus Allahyarham Siti Sarah, Norwati Abd Manan.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*