KETIKA keluarga Siti Sarah masih berduka atas pemergiannya, abang kepada penyanyi itu iaitu Ahmad Firdous Raisuddin pula dikhabarkan sedang bertarung melawan Covid-19 di Hospital Serdang, Selangor.
Begaimanapun menurut adik iparnya yang juga pelawak Shuib Sepahtu, Ahmad Firdous kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara itu dimaklumkan Shuib selepas selesai majlis tahlil buat Allahyarham isterinya pada Selasa malam.
“Saya jadi f0bia apabila 0ksigen dia dr0p tapi Alhamdulillah keadaan abang ipar kini stabil. Ini hari kelapan dia kuarantin.
“Tolong doakan abang ipar saya terus kuat,” katanya.
Majlis tahlil turut disertai bapa Sarah, Raisudidin dan Shuib.
Sementara itu Shuib turut berkongsi berita gembira apabila dia bakal bertemu anak keempatnnya yang diberi nama Ayash Affan buat kali pertama pada Rabu.
“Esok (Rabu) buat kali pertama saya akan jumpa Ayash Affan di hospital.
“Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia… tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia.
Saya jadi fobia apabila oksigen dia drop tapi Alhamdulillah keadaan abang ipar kini stabil. Ini hari kelapan dia kuarantin.
“Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami,” katanya.
Ayash Affan, cahaya mata keempat Shuib dan Siti Sarah berjaya dikeluarkan daripada kandungan ibunya pada Jumaat lalu.
Majlis bacaan tahlil secara virtual hari kedua buat Siti Sarah yang dipimpin oleh PU Hafiz itu turut disertai rakan artis seperti Jep Sepahtu, Fad Bocey, Azad Jasmin, Naim Daniel, Misha Omar, Adira Suhaimi, Datuk Fizz Fairuz dan Indah Ruhaila serta bapa Sarah, Raisuddin Hamzah.
Terdahulu, Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.
Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.
Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM
“Setiap Kali Cerita Kisah Sarah, Air Mata Berlinang” – Rahim Kongsi Keadaan Shuib, Masih Sugul & ‘Kosong
Rahim Sepahtu yang ditemui selepas majlis pengebumian Siti Sarah Raisuddin berkongsi kebaikan sikap penyanyi itu sepanjang mengenalinya sebagai isteri Shuib.
Menurut pelawak itu, Sarah adalah tulang belakang dan seorang isteri yang cukup memudahkan segala urusan suaminya.
“Sebagai rakan yang agak rapat, saya sedih. Sarah seorang yang baik. Sepanjang mengenalinya, kalau dia ikut Sepahtu bekerja, dia akan memudahkan urusan suaminya.
“Seorang yang sangat mudah didekati. Jadi kita boleh rasa kehilangan itu. Sebab itu hari ini saya tak rasa terkejut ramai yang hadir ke tanah perkuburan dan tak kurang yang mendoakannya,” ujar Rahim sewaktu ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, sebentar tadi.
Saat ditanya bagaimana keadaan Shuib saat ini, Rahim mengatakan dari pemerhatian sahabatnya itu masih berada dalam keadaan sugul dan wajahnya ‘kosong’.
“Tadi sebelum dia memakai PPE, saya lihat wajahnya kosong, dia masih dalam keadaan sugul. Setiap kali menceritakan kisah Sarah, air mata berlinang.
“Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan selepas ini. Saya pun dapat merasakan kepedihan itu. Tak dapat saya bayangkan kalau saya berada di tempat Shuib. Saya doakan urusan dia dan anak anak dipermudahkan,” katanya.
Rahim juga berharap agar Shuib kuat melalui dugaan getir ini. Dia mahu Shuib kekal positif dan kuat demi anak anak dan banyak pihak seperti pekerja yang masih memerlukannya.
“Orang yang jadi tulang belakang dia selama ini pergi. Allah sayang dia. Saya harap Shuib kuat kerana banyak dugaan yang dilaluinya dan ini paling getir. Saya harap dan berdoa sangat dia kuat untuk anak anak dan orang lain yang memerlukannya,” tutup Rahim.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: TK
Leave a Reply