Pelumba basikal negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom sebentar tadi dilaporkan telah dikejarkan ke H0spital Universiti Juntendo, Shizouka, usai saingan repechage untuk tempat ke suku akhir acara Keirin Olimpi Tokyo 2020.
Menurut laporan Stadium Astro, pemeriksaan lanjut akan dijalankan ke atas pelumba basikal negara itu bagi mengetahui keadaan sebenar beliau.
Wartawan Nadi Arena yang kini berada di Jepun, Bazly Azmi menerusi satu hantaran di Twitternya meminta orang ramai untuk mendoakan pelumba basikal negara itu selepas dia disyaki mengalami keced3raan p4tah tul4ng rusuk.
Doakan @shahfirdaus95 😭😭😭@AzizulAWANG @ASTROARENA @501Awani @ERAdotje @sinar_my @gegar_my @ZayanMy pic.twitter.com/Dnj9arKDMg
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) August 7, 2021
Otw hosp check @shahfirdaus95
More on @ASTROARENA @501Awani @ERAdotje @sinar_my @gegar_my @ZayanMy pic.twitter.com/pVuGb5w6bj
— Bazly.azmi (@bazlyazmi) August 7, 2021
Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar berhenti dari menyer4ng akaun media sosial pelumba basikal Great Britain, Jack Carlin ekoran dari kem4langan memb4bitkan Shah Firdaus tadi.
“Kita kena profesional kerana kemal4ngan dalam keirin adalah satu perkara yang normal” katanya lagi.
Shah Firdaus sebelum itu telah mempamerkan semangat juang yang luar biasa sehingga bangkit menduduki tempat kedua dalam saingan repechage sekaligus layak ke suku akhir meskipun dalam dalam keceraaan selepas terlibat dalam kem4langan saringan kedua kerana bergesel dengan pelumba Great Britain, Jack Carlin dan turut melibatkan Sergey Ponomaryov.
Sama-sama kita doakan agar Shah Firdaus kembali pulih dan tidak mengalami sebarang keced3raan serius.
Dia dan Datuk Azizulhasni Awang dijadualkan untuk berlumba dalam pusingan suku akhir esok.
View this post on Instagram
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: BuzzKini
Leave a Reply