“Dah Buka Mata, Kaki Menendan Tangan Bergerak Aktif” -Bayi Pram@tang Siti Sarah Tunjuk Perkembangan Positif

B4YI lelaki Siti Sarah yang dilahirkan secara pram4tang mula menunjukkan perkembangan positif selepas dibed4h keluar pada petang Jumaat.

Berkongsikan perkara tersebut, pelawak Shuib Sepahtu bersyukur anak keempatnya yang diberi nama Ayash Affan itu berada dalam keadaan stabil dan baik.

“Alhamdulilah sedikit update utuk Ayash Affan, Dr Faiz HUKM beritahu pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.

“Ya Allah syukur, ini juga berkat doa anda semua yang tidak henti-henti mendoakan kesihatan Ayash.

“Saya balikkan doa-doa kalian, semoga kalian juga dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, terhindar daripada segala kemudaratan, insyaAllah amin,” kata Shuib.

sarahh

Siti Sarah masih berada dalam keadaan kritikal.

Siti Sarah, 37, selamat menjalani pembedahan selama hampir tiga jam bermula pukvl 2 petang, Jumaat bagi mengeluarkan bayi pram4tang ketika usia kandvngan tujuh bulan.

Siti Sarah dimasukkan ke unit raw4tan rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pagi Jumaat selepas tahap oksigen dalam badan menurun dan terpaksa ditidurkan.

Alhamdulilah sedikit update utuk Ayash Affan, Dr Faiz HUKM beritahu pagi ini dia dah buka mata, kaki dah menendang-nendang, tangan bergerak aktif dan keadaan baby stabil.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

Atas nasihat doktor, penyanyi lagu Semakin itu perlu menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Untuk rekod, Sarah dan Shuib sekeluarga disahkan positif c0v1d-19 sejak 25 Julai lalu.

Mereka sekeluarga menjalani ujian saringan selepas pembantu rumah disahkan positif virus maut tersebut.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, berkahwin pada 2011. Pasangan ini turut memiliki tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq mat!n, 6.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*