“Tak Sempat 1, 2, 3…” -Lelaki Terkejut Doktor Cucuk Vaksin Cepat Sangat

Sekarang ini sudah ramai yang mula mendapatkan suntikan vaksin di pusat pemberian vaksin yang berhampiran. Pengalaman menerima suntikan vaksin ini tentunya sesuatu yang tidak dapat dilupakan sama seperti yang dikongsikan oleh lelaki ini.

Videonya ketika menerima suntikan vaksin itu berjaya menghiburkan ramai apabila dia memberikan reaksi terkejut gara-gara prosesnya yang terlalu cepat. Malah lelaki itu juga kelihatan terpinga-pinga apabila semuanya selesai dalam sekelip mata.

@nonaroguy.co

🤣🤣🤣🤣

♬ original sound – Sheeda Jamil

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu berkongsikan pengalamannya semasa di pusat pemberian vaksin itu. Biasanya sebelum menerima suntikan, doktor yang bertugas akan memberikan isyarat terlebih dahulu sebelum mencucuk jarum pada penerima.

Namun berbeza pula dengan nasib lelaki ini apabila dia terus dicucuk tanpa sempat dia bertenang terlebih dahulu. Malah lelaki itu sempat berseloroh dengan doktor tersebut apabila dia tidak diberikan peluang untuk membuat countdown sebelum dicucuk.

lelaki

Kejadian itu turut membuatkan mereka berdekah dibuatnya gara-gara reaksi spontan dari lelaki itu yang memanggil doktor tersebut ‘kejam’. Doktor itu kemudian memberitahu dia tidak melakukan countdown kerana bimbang akan lebih menambahkan rasa takut pada lelaki itu.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat reaksi spontan dari lelaki itu. Malah ada juga yang memberitahu cara ini lebih baik dan cepat terutamanya bagi mereka yang mempunyai rasa takut pada jarum.

“Tengok doc ni buat kerja relax je, nampak sangat expertnya. Tak sempat nak seram sejuk dah settle.”

lelaki terkejut

“Macam cucuk vitagen je…”

vaksin

“Takde lah rasa takut kalau cepat macam ni.”

komen

“Tak sempat nak tarik nafas dah dicucuk…”

tik tok

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*