“Kenapa Jual Tudung Murah” -Fazura Cuma Mahu Semua Orang Mampu Beli

Pelakon cantik dan juga isteri kepada aktor, Fattah Amin, Nur Fazura Sharifuddin atau Fazura dilihat semakin aktif memulakan perniagaan tudung.

Tudung jenama Fazura itu laris terjual dalam beberapa jam sahaja dan mendapat respon yang baik daripada warganet kerana harganya yang murah serta mampu milik.

IG live dengan Viviana

Jadi, menerusi IG live bersama seorang influencer media sosial, Viviana Abdullah, Fazura telah menceritakan serba sedikit tentang kejayaan tudung keluarannya yang mendapat pujian warganet.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Viviana (@vivianaabdullah)

Jawapan kenapa jual murah

Pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun @seposenYS telah memuat naik kembali sedikit potongan video jawapan Fazura mengapa dia menjual tudung dengan harga yang murah.

Biar semua orang dapat guna

Menurutnya, tindakan menjual dengan harga murah adalah untuk memastikan ramai yang mampu membeli tudung tersebut dan ramai wanita muslim dapat memakainya.

Dia sendiri mengakui jika membeli tudung lebih dari harga RM50 pasti akan terfikir-fikir dan menganggap harga RM27 sangat sesuai dan pasti ramai yang mampu untuk membelinya.

Perkongsian tersebut telah mendapat maklum balas yang pelbagai daripada warganet dan menerima pujian diatas mtlamat utama Fazura.

Tapi tulah kadang rasa usaha Fazura dipandang rendah

Faz jual memang murah

Mana la nak carik tudung Faz lagi

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Nur Fazura

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*