TIGA tahun mencuba nasib dalam industri seni suara, Daniesh Suffian tidak pernah putus asa untuk menempatkan namanya sebaris penyanyi sedia ada.
Biarpun belum dikenali, Daniesh atau nama sebenarnya Nur Mohd Daniesh Mohd Suffian, 23, menganggap perkara itu sebagai salah satu cabaran kepada dirinya untuk mencipta nama.
“Saya dalam industri dah tiga tahun, dah ada empat single… saya percaya rezeki tu ada cuma cepat atau lambat.
“Saya rasa memang semua penyanyi rasa nak give up dan stop bagi saya ini normal dan kalau minat tu kuat just teruskan.
“Pernah juga tertanya-tanya kenapa nama tak naik tapi benda tu normal. Just buat yang terbaik dan berikan effort sepenuhnya sampai rasa puas hati dan terpulang kepada rezeki,” katanya kepada mStar.
Daniesh Suffian berduet dengan Aina Abdul menerusi lagu Warna Warni.
Pernah memasuki pertandingan Immortal Songs Malaysia dan Vokal Mania di TV3, Daniesh berkata, dia bakal muncul dengan lagu duet kolaborasi bersama penyanyi Aina Abdul.
Tambahnya, dapat bekerjasama dengan penyanyi lagu Semalam ini dianggap sebagai satu peluang keemasan.
Tapi saya rasa ini adalah peluang keemasan, kalau saya tak ambil rugilah.
DANIESH SUFFIAN
PENYANYI
Bukan untuk menumpang populariti, sebaliknya Daniesh berkata, dia akan menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk dikenali.
“Aina Abdul adalah salah seorang penyanyi yang saya sangat adore jadi kalau dapat bekerjasama tu saya rasa ia perluang keemasan untuk saya.
Daniesh tidak terkilan populariti nya seagai penyanyi belum dikenali ramai.
“Netizen kata saya menumpang populariti Aina saya tak boleh nak cakap apa la, itu pendapat mereka.
“Tapi saya rasa ini adalah peluang keemasan, kalau saya tak ambil rugilah,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply