“Aku Ingat Budak Yang Akan Keluar” -Sekali Si Comel Yang Main Gelongsor

Buat peminat kucing pastinya ada sebab sendiri mengapa haiwan ini sering menjadi tumpuan ramai. Bukan sahaja kerana kecomelannya, tapi disebabkan oleh sifatnya yang manja dan sangat jinak menjadikan ia antara haiwan peliharaan kesayangan ramai.

Sifat unik setiap kucing ini juga menjadikan ia antara haiwan yang sering dikongsikan telatahnya di sosial media hari ini. Lihat sahaja bila video telatah kucing dimuat naik, pasti akan mendapat perhatian umum.

Malah baru-baru ini perkongsian satu rakaman gelagat si comel main gelongsor di taman permainan telah mencuri perhatian umum. Dalam rakaman ringkas itu kelihatan papan gelongsor berwarna biru dan tiba-tiba ada seekor kucing gebu menggelongsor menerusinya.

Berikut adalah perkongsian video gelagat si comel main gelongsor yang dimuat naik menerusi pengguna TikTok dengan nama akaun @adekmilo111 ini:

@adekmilo111Okey done happykan bdk sedih td😅😂😂😂😂..tmpt fav dia..taman depan rumah…♬ オリジナル楽曲 – 指男(Yubio)

Alahai comel! Rupa-rupanya kucing ini memang suka bermain di taman permainan. Berikut antara rakaman lain yang dikongsikan oleh akaun ini:

@adekmilo111Kucing naik buai done again✅💆🏻‍♀️💆🏻‍♀️##fypシ ##fyp ##kucingtiktok♬ original sound – BabyAinatul

@adekmilo111

Budak suke taman takut pulak nk turun gelongsor😂😂😂..harini dia tgk kite balik😅😅##fyp ##catsoftiktok

♬ original sound – BabyAinatul

Apa-apa pun perkongsian video telatah si comel ini membuatkan ramai terhibur menyaksikannya. Berikut antara reaksi warganet selepas menyaksikan gelagat kucing tersebut:

“Halu polis ada kucing ni keluar rumah main taman”

“Hahaha comeyy ja seronok eh main gelongsor”

“Aku ingat budak yang akan keluar”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*