Didie Tr@uma Dan Sed!h Lima Ahli Keluarga Pergi Akibat C0V1D-19

KUALA LUMPUR: Kehilangan lima ahli keluarga akib4t C0V1D-19 dalam tempoh singkat memberi kesan emosi kepada pelakon, pelawak dan pengacara, Didie Alias.

Masih tr4ums dan sedih dengan nasib mal4ng menimpa insan tersayang, Didie atau nama sebenar, Fadzilah Mohd @ Ali, 49, mengaku semakin paranoid dengan situasi penularan p4ndemik C0V1D-19 sekarang.

“Saya rasa terkesan apabila satu demi satu anggota keluarga pergi akibat C0V1D-19. Bermula dengan ibu saudara iaitu adik bongsu sebelah emak.

“Kemudian diikuti nenek saudara, bekas abang ipar dan dua sepupu yang membesar bersama-sama. Lulvh rasa hati apabila hanya mampu melihat jen4zah mereka yang sudah siap dik4pan melalui video yang dikirim.

 

“Semakin hari, v1rus ini semakin hampir dengan kita apabila anggota keluarga sendiri menjadi m4ngsa,” katanya kepada BH Online.

Tidak sanggup situasi sama berulang atau menimpa orang lain, Didie memohon semua pihak agar sentiasa menjaga kesihatan diri dengan mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

“Antara m4ngsa adalah insan yang rapat dengan saya. Bayangkan, kami sudah lama tidak berjumpa dan bagaimana perasaan apabila tiba-tiba dikhabarkan mereka sudah men1nggl dun1a.

“C0V1D-19 bukanlah sesuatu rekaan. Harapan saya semua orang dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing agar penularan wab4j ini dapat dikekang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu turut meluahkan kebimbangan peningkatan k3s p0sitif C0V1D-19.

“Emak saya kini berada di Melaka bersama adik. Apabila dapat tahu ada kejadian p0s1tif C0V1D-19 di kawasan berhampiran, saya jadi takut dan berkali-kali berpesan agar tidak keluar rumah dan menjaga kebersihan.

“Dalam keadaan sekarang, kita kena sentiasa jaga diri. Tidak lama lagi, iaitu selepas mendapat suntikan kedua v4ksin C0V1D-19, saya akan kembali ke lokasi drama Cukup Derita Itu untuk menyambung penggambaran.

‘Kalau ikutkan perasaan memanglah takut untuk bekerja terutama apabila angka k3s makin meningkat. Tetapi sudah namanya kerja, kenalah buat.

“Cuma saya kena ambil langkah keselamatan yang lebih dan sentiasa patuh kepada SOP,” katanya yang mula dikenali menerusi filem Kanta Serigala dan Boss ini.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: BH

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*