“Dia Masih Lagi Menolak..” -Netizen Hadiahkan Peniaga Air Tebu Sebuah Rumah

Tidak pernah menyangka akan menerima pemberian yang begitu besar nilainya, seorang ibu yang bekerja sebagai penjual air tebu mengalirkan air mata kegembiraan setelah impiannya kini menjadi kenyataan.

Video penuh emosi itu dikongsikan oleh pengguna Tiktok Matpecci. Menurut beliau lagi, rumah tersebut dibeli atas sumbangan rakyat Indonesia yang begitu bermurah hati ingin menolong ibu berkenaan.

Pada mulanya, ibu ini kelihatan begitu keberatan untuk menerima sumbangan tersebut, dia teragak-agak memandangkan pemberian tersebut bukanlah kecil. Namun bila dipujuk, beliau akhirnya bersetuju.

Netizen yang turut mengikuti video berkenaan ternyata masing-masing meluahkan rasa bersyukur kerana sumbangan orang ramai itu akhirnya mencukupi. Terdahulu, ibu yang tidak bernasib baik itu dikatakan menginap di sebuah rumah yang hanya berukuran 6x6meter bersama ahli keluarganya yang seramai sebelas orang!

Difahamkan juga, rumah tersebut juga bukanlah rumah mereka dan mereka sebenarnya cuma menumpang. Diharapkan kehidupan mereka semakin baik selepas ini, komen netizen lagi.

KomenNetizen:

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Tiktok

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*