Wanita P4nik Tengok Video Proses V4ksinasi, Dah Dapat Suntikan Tapi V4ksin Tak Masuk Dalam Badan

Kita sering diberi peringatan untuk memastikan jumlah isipadu v4ksin dalam picagari yang akan diterima itu betul sebelum dicucuk.

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang wanita picagari yang digunakannya untuk menyuntik dos kedua v4ksin yang diterimanya tidak ditekan.

Mujurlah proses suntikan itu dirakam oleh Nur Diyanah Maria Azmi, 25, sebelum video berkenaan dikongsikan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi rakaman video tersebut, jelas menunjukkan picagari itu hanya dicvcuk seketika di lengan sebelum ditarik keluar dengan keadaan cecair v4ksin yang tidak terusik.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Mesra disapa Maria, dia menerima dos kedua v4ksin di sebuah Pusat Pemberian V4ksin (PPV) di Kuala Lumpur pada Rabu jam 9.30 pagi.

Anak kedua daripada tiga beradik itu meminta kebenaran terlebih dahulu kepada jururawat yang bertugas di situ untuk merakam proses v4ksinasi tersebut.

“Saya masuk ke dalam cubicle nombor sembilan untuk mendapatkan suntikan dos kedua v4ksin AZ.

“Saya minta kebenaran daripada jururawat tersebut untuk merakam proses pemberian v4ksin dan dia pun bersetuju dengan syarat wajahnya tidak dirakam.

“Ketika itu saya sedang adjust kamera, jururawat itu beritahu saya yang dia tengah cvcuk v4ksin. Tak sampai satu saat, dia terus tarik keluar jarum dan tak tunjuk pada saya picagari yang telah kosong.

“Dia cuma letak picagari tu bersebelahan dengannya dan hanya menunjukkan botol v4ksin AZ yang digunakan ketika itu,” katanya kepada mStar.

Maria berkata dia mula berasa ragu-ragu kerana pemberi v4ksin tersebut tidak menunjukkan picagari yang digunakan selepas selesai proses v4ksinasi.

Panik dan ingin segera mendapatkan kepastian, dia melihat semula rakaman video yang diambil sementara menunggu di ruang observasi dan turut berkongsi video tersebut kepada kakaknya Nur Aqilah Maria Azmi, 28, untuk pengesahan.

“Saya agak terkejut pada waktu itu dan melihat semula rakaman video tersebut sewaktu menunggu di ruang observasi selama 15 minit.

“Saya siap hantar video tersebut dan bertanya kepada kakak ‘dia cucuk, tapi tak tekan kan?’ untuk mengesahkan apa yang saya lihat di dalam video itu adalah betul.

“Kakak suruh saya maklumkan apa yang telah berlaku tadi kepada petugas yang bertugas di PPV dan menunjukkan video itu kepada mereka,” ujarnya yang menetap di Cheras bersama kakaknya.

Maria kemudian berjumpa dengan salah seorang sukarelawan di situ untuk memaklumkan perkara yang terjadi dan dia dibawa berjumpa dengan seorang lagi petugas yang kemudiannya memanggil jururawat terbabit.

Setelah menunjukkan video tersebut, jururawat yang berusia dalam lingkungan 30-an itu akur dengan kecuaiannnya dan sekali lagi memberikan v4ksin kepadanya.

“Jururawat tu kata dia ada tunjuk picagari kosong selepas dah cucuk. Saya cakap yang dia hanya tunjuk botol v4ksin kosong sahaja.

“Alasan ‘tak perasan’ yang diberikannya itu tidak boleh diterima kerana slot v4ksin saya pada hari itu pada pukul 9.30 pagi. Kalau slot saya pada waktu petang saya fahamlah mungkin penat sebab dah cucuk ramai orang.

“Petugas di PPV tersebut pun ada berpesan kepada jururawat tersebut untuk lebih berhati-hati kerana ini merupakan perkara yang serius dan bukan boleh dibuat main.

“Saya kemudian memaklumkan perkara ini kepada keluarga bahawa saya dah dapat v4ksin yang sepatutnya sebab takut mereka bimbang. Bila dah tahu tu mereka pun terkejut juga benda macam ni jadi pada saya,” katanya yang berkerja sebagai perunding kesihatan di Bangsar.

Gadis berasal dari Tebrau, Johor Bahru, Johor itu tidak menyangka insiden seperti ini akan berlaku ke atas dirinya kerana sebelum ini hanya melihat kejadian sebegitu di media sosial sahaja.

Ia sekali gus membuatkan dia berasa takut dan kurang yakin dengan kredibiliti seorang v4ksinator yang bertugas di PPV kerana ia melibatkan dengan nyawa rakyat Malaysia.

Maria berharap agar perkara sebegini tidak berlaku ke atas orang lain dan berpesan kepada mereka yang bakal mengambil v4ksin supaya lebih peka dengan prosedur yang sepatutnya dilakukan sepanjang proses v4ksinasi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*