“Tiada Apa Yang Diharapkan Melainkan Syurga Firdaus” – Ramai Frontliners Hampir Burnout, PU Azman Titip Kata Semangat

Pendakwah dan penceramah bebas, Pencetus Ummah (PU) Azman berharap agar para petugas barisan hadapan yang berkhidmat sepanjang kr1sis pndemik CVD-19 ini sentiasa diberikan kekuatan mental dan fizikal bagi menempuh saat-saat mencabar ini.

Menurut PU Azman atau lebih mesra disapa Cik Man, kesemua mereka ini sememangnya layak untuk menerima penghargaan tertinggi bukan sahaja di dunia malah di akhirat kelak.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by PU Azman (@puazmanofficial)

“Tiada apa yang diharapkan melainkan semoga frontliners dikurniakan syurga firdaus. Tolonglah jangan burn out.

“Semoga Allah beri kami jalan untuk bantu frontliners. Allah sebaik-baik pengurus,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama, Bujang Tampan Selamba itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, PU Azman turut menyifatkan khidmat para frontliners ini sebagai jihad agar keadaan negara dapat kembali pulih seperti sedia kala.

“Kalau ada frontliners yang baca tulisan kerdil ini, moga dapat melegakan mereka.

Mereka sedang jihad. Ketika mereka hampir burn out, Allah sebaik-baik pemberi ganjaran.

“Moga kesedaran ini kekuatan untuk frontliners bangkit semula. Moga firman Allah dapat rawat luka dari kata-kata makhluk,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut memberikan kata-kata semangat buat para frontliners selain turut mendoakan agar mereka sentiasa dilindungi daripada segala wabak dan penyakit.

“Doa sama saya panjatkan setiap hari. Semoga Allah terima usaha kalian sebagai ibadah dan dikurniakan rahmatnya dan pahala berlipat kali ganda.

“Semoga Allah permudahkan urusan para frontliners.

“Moga Allah lindungi frontliners,” antara reaksi-reaksi netizen di laman Instagram.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*