‘Telur Boleh Tahan Lama Ke?’ -Rak Telur Kayangan Memang Cantik, Mampu Naikkan Seri Dapur

SEKALI pandang nampak seperti dekorasi kediaman di ruang tamu, namun ‘hiasan’ tersebut sebenarnya lebih sesuai diletakkan di bahagian dapur.

Percaya atau tidak, rak kecil diperbuat daripada kayu itu adalah tempat menyimpan telur.

“Macam bukan rak telur,” kata seorang netizen di ruangan komen menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di aplikasi TikTok.

Wanita berkenaan, Nurul Assyikin Kamaruddin tampil menjelaskan bahawa ia merupakan rak yang sesuai untuk menyimpan 30 biji telur.

Melabelkannya sebagai ‘rak telur kayangan’, katanya, ia diperbuat daripada papan lapis (plywood) bagi menjadikan strukturnya lebih kukuh, tetapi ringan dan mudah dialihkan.

“Rak telur kayangan maksudnya adalah rak telur yang cantik, estetik tapi harga masih mampu milik supaya semua orang boleh mendapatkan rak telur idaman dan boleh mencantikkan ruangan dapur.

“Ia merupakan cetusan idea daripada bos saya dan dibuat oleh orang-orang kampung, sambil membantu menjana ekonomi pendapatan mereka,” katanya kepada mStar sambil menambah ia adalah hasil kerja tangan penduduk di Tanjong Karang, Selangor.

rak telur 3

Rak telur diperbuat daripada papan lapis (plywood).

Lebih dikenali sebagai Kak Kyns, katanya, rak telur itu memang dikhusukan untuk menyimpan telur kerana terdapat lubang-lubang yang ditebuk untuk meletakkan telur.

Tambahnya, magnet dipasang pada pintu untuk mudah dibuka dan ditutup, serta dilengkapi jaring supaya mudah untuk melihat baki telur dan mempunyai pengudaraan yang baik.

Rak telur kayangan tu maksudnya adalah rak telur yang cantik, estetik tapi harga masih mampu milik supaya semua orang boleh mendapatkan rak telur idaman dan boleh mencantikkan ruangan dapur.

KAK KYNS

“Pintu bermagnet pada bekas telur ini juga dapat menghalang kemasukan lipas atau cicak dan jaringnya masih membolehkan telur mudah dilihat dari luar.

“Alhamdulillah penerimaan orang ramai sangat memberangsangkan. Selepas saya muat naik video tu di TikTok, tak putus-putus mesej menerusi WhatsApp masuk bertanya tentangnya,” ujarnya yang berasal dari Shah Alam, Selangor.

rak telur 4

Rak telur yang dihasilkan oleh penduduk kampung.

Menurut eksekutif jurujual itu, tiada respons negatif setakat ini tetapi terdapat pertanyaan sama ada telur mampu bertahan lama sekiranya disimpan di dalam rak tersebut.

“Jawapan saya jangka hayat telur masih seperti biasa, kerana bekas telur ini hanyalah bekas telur biasa cuma rekaannya saja yang cantik dan menarik minat org ramai,” katanya sambil menambah rak telur itu dijual pada harga RM89.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Susulan perkongsian video tersebut menjadi tular, Kak Kyns berkata, dia amat bersyukur apabila menerima lebih 50 tempahan dalam sehari.

Kak Kyns yang terlibat dalam bisnes sejak dua tahun lalu menghormati pandangan bahawa telur boleh saja disimpan di dalam peti sejuk atau sebarang bekas di dapur seperti kebiasaan.

rak telur 2

Pelbagai guna selain menyimpan telur dan dekorasi.

“Semua orang ada pandangan dan pilihan masing-masing. Tapi pilihan rak telur ni pasti mencuri perhatian bagi mereka yang mahu dapur nampak lebih kemas dan cantik.

“Rak ini juga boleh menaikkan seri dapur seseorang. Selain rak telur, ia juga boleh dijadikan sebagai bekas simpan roti dan jem. Jika kreatif, macam-macam boleh buat dengan rak ini.

“Begitu juga dengan orang-orang kampung yang menghasilkan sendiri rak telur tu. Sekarang musim PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), ramai sangat yang terjejas.

“Mungkin kami tak dapat bantu dengan wang ringgit, tapi kami dapat bantu mereka membuat rak telur untuk menjana pendapatan mereka,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*