Terima Ribuan Mesej Mohon Sumbangan, Zara Zya Fokus Beri Bantuan Susu Dan Lampin Pakai Buang

TERIMA ribuan mesej di Instagram, pelakon Zara Zya meminta inidividu yang memohon bantuan memberi maklumat peribadi secara lengkap bagi memudahkan proses pemberian sumbangan.

Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin juga berkata, buat masa ini dia hanya mengutamakan bantuan dari segi keperluan untuk kanak-kanak iaitu susu dan kain lampin pakai buang.

“Saya terima beribu DM minta bantuan dan ya… saya baca setiap mesej yang dihantar tapi saya tak boleh nak balas sebab takut nak bercampur dengan DM lain-lain.

Saya minta sesiapa yang DM minta bantuan agar memberi maklumat yang lengkap dan straight foward sahaja.

ZARA ZYA

PELAKON

“Tapi saya minta sesiapa yang DM minta bantuan agar memberi maklumat yang lengkap dan straight foward sahaja. Tak payah nak tanya boleh atau tidak nak minta bantuan.

“Terus mesej saya, nama, alamat, nombor telefon dan jenama pampers serta susu yang diperlukan. Buat masa sekarang, saya hanya fokus beri dua barangan keperluan itu sahaja,” kata Zara kepada mStar.

Sebelum ini, Zara pernah meluahkan rasa kesal apabila dituduh makan duit haram sedangkan dirinya berniat melakukan kebaikan menerusi kerja-kerja kebajikan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Zara turut mengambil inisiatif menubuhkan sebuah laman web bertujuan menyediakan platform untuk mana-mana pihak yang memerlukan dan berminat untuk menyalurkan sumbangan.

Pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu orang ramai juga berpeluang untuk memberi sumbangan dari segi kewangan menerusi laman web Malaysia Prihatin.

Zara 1

Zara akan teruskan misi bantuan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

“Ada yang DM hanya beri maklumat sikit saja… macam mana saya nak hantar barangan tersebut kalau tak lengkap. Tapi saya minta maaf sangat buat masa ini, itu sahaja peruntukan saya hanya susu dan diaper.

“Misi bantuan ini saya akan teruskan sepanjang pandemik mengikut kemampuan saya. Untuk menderma pun boleh juga di website yang disediakan iaitu Malaysia Prihatin.

“Pernah ada seorang pelajar ini mesej saya kata nak juga menyumbang tapi dia hanya ada RM1. Boleh… nak beri sumbang berapa pun boleh saja. Janji ikhlas,” ujarnya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*