“Parang Dah Asah. Balik Malaysia, Nahas Kau!” – Diugut Bvnuh, Caprice Tak Gentar

Berikutan kontroversi hangat melibatkan dirinya dan pendakwah bebas terkenal Ebit Lew, ramai yang tidak senang dengan tindakan Caprice sehingga ada yang sanggup mengugut penyanyi rap terbabit.

Baru-baru ini, Caprice tampil mendedahkan identiti seorang individu tidak dikenali yang telah mengugut untuk membunuhnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram (IG), pemilik nama Ariz Ramli itu memuat naik mesej berbaur ancaman daripada seorang individu menggunakan akaun @fik_jamal yang dipercayai merupakan seorang ‘chef’.

Terima ugutan bvnuh

“Sikit hari lagi mampus kau ini. Kau bila nak balik Malaysia. Parang dah lama asah. Lama tak makan darah Yahudi ini.
“Aku tahu kau balik sahaja sini nahas kau. Nahas!” ugut individu berkenaan.

Sementara itu dalam hantaran sama, penyanyi rap berusia 33 tahun itu menegaskan bahawa dia sama sekali tidak takut dengan ugutan bunuh berkenaan.

“Kita tidak ‘goyang’ langsung, tiada ugutan-ugutan macam @fik_jamal. Tunggu @pdrmsia_offical Insya-Allah.
“Nanti kita sampai Kuala Lumpur (KL) Caprice tunggu awak depan pagar. Caprice mohon @malaysiaairlines periksa cef ini, pastikan pisau itu tajam sikit jangan guna pisau plastik,” balasnya.

Banyak terima ugutan daripada ‘pentaksub’

Selain itu, pelantun lagu Koyak tersebut turut memuat naik Insta Story mengakui bahawa sejak perancangannya untuk mengadakan LIVE di Instagram tempoh hari, dia telah menerima banyak ugutan daripada ‘pentaksub’.

Dedahnya lagi, ugutan itu datang daripada pelbagai pihak sama ada netizen biasa mahupun individu yang berlatar belakang ‘luarbiasa’.

Namun begitu, Caprice menegaskan dirinya sama sekali tidak akan menarik diri daripada melakukan misinya walaupun nyawanya terletak di hujung tanduk.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Instagram Caprice

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*