PERKONGSIAN foto memperlihatkan hadiah berupa barangan kemas antaranya cincin di Instagram penyanyi Datuk Nora Ariffin menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminatnya.
Enggan berselindung, Nora yang baru saja menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada Isnin memberitahu hadiah itu merupakan pemberian daripada seorang sahabat yang tidak didedahkan identitinya.
“Alhamdulillah… itu hadiah (cincin) daripada seorang sahabat. Hamba Allah,” jawab Nora kepada mStar secara ringkas menerusi mesej di aplikasi WhatsApp.
Nora seronok dapat sambut hari lahir bersama peminat secara maya.
Terdahulu, Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Dato’ Wan Ariffin memuat naik foto dia menerima kejutan hari lahir dan hadiah barangan kemas di laman Instagram miliknya.
Hanya meletakkan kapsyen bersyukur atas hadiah yang diberikan, rata-rata netizen mengucapkan tahniah selain bertanyakan tarikh hari pernikahan penyanyi itu.
Sebelum ini, Nora pernah menafikan khabar angin dia berkahwin dengan ahli politik namun mengakui dirinya sudah pun dilamar seseorang untuk menjadi teman hidup.
Dalam pada itu, penyanyi lagu Naluri ini memberitahu sambutan hari lahirnya pada tahun ini meriah dengan kejutan daripada keluarga dan peminat biarpun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Alhamdulillah… itu hadiah (cincin) daripada seorang sahabat. Hamba Allah.
NORA ARIFFIN
PENYANYI
“Dalam tempoh PKP, saya dan anak-anak memang strict untuk tidak keluar rumah kecuali bila perlu sahaja. Sebenarnya tak nak sambut apa-apa pun.
“Tapi anak-anak saya buatkan juga kejutan… mereka buat kek sendiri di rumah. Raikan secara bersederhana saja bersama anak-anak, menantu dan cucu.
“Anak-anak ada beri kad dan coretan kata-kata semangat untuk saya. Itu yang sangat bermakna buat saya. Yang istimewa tahun ini, kelab peminat buat sambutan hari lahir saya secara maya.
Anak-anak, menantu dan cucu menyambut hari lahir Nora di rumah.
“Peminat dari seluruh negeri menerusi Googlemeet. Best sangat. Lebih kejutan, tahun ini banyak terima hadiah yang dihantar di rumah daripada kawan dari Dubai, Indonesia dan Singapura,” ujarnya.
Untuk rekod, Nora berkahwin dengan pemuzik Johan Nawawi pada 1992 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.
Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung dan pada 13 Disember 2019 pula Nora diduga dengan kematian anak keduanya, Muhammad Syakir Aliff yang ketika itu berusia 20 tahun.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Mstar
Leave a Reply