Penghijrahan aktres, Nur Fazura Sharifuddin yang kini telah berhijab sepenuhnya membuatkan suaminya, Fattah Amin meluahkan rasa syukur dengan perubahan dari hati Fazura sendiri.
Tanpa paksaan, Fattah Amin, 31, akui sebagai suami dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat isterinya itu dan alhamdulillah Allah telah menggerakkan hatinya untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi.
Pendedahan tersebut diluahkan Fattah berhubung penampilan Fazura yang sebelum ini menarik perhatian ramai apabila kerap mengenakan hijab dalam setiap gambar yang dimuat naik menerusi media sosial, termasuklah yang terbaharu ketika sambutan hari raya Aidiladha baru-baru ini.
Menurut Fattah, sejak bergelar suami kepada Fazura pada 27 November 2017, dia tidak pernah berhenti memanjatkan doa agar isterinya mengubah penampilan menjadi Muslimah sebenar.
“Alhamdulillah, itu sahaja yang boleh saya katakan mengenai penampilannya. Sebagai suami, penampilan Muslimah itu yang sentiasa saya doakan selama ini. Sekarang, dia pun sudah bertudung,” kongsi Fattah dalam sidang akhbar secara virtual sempena pelancaran single terbaharunya yang berjudul Hamba.
Destinasi pertama nak bawa Fatima ke zoo
Daddy kepada Nur Fatima Aisya ini juga memberitahu, sejak lahir sehinggalah Fatima dah berusia 9 bulan, dia hanya terperap dalam rumah sahaja. Berbeza dengan anak-anak yang lahir sebelum pandem1k.
“Jadi apabila dapat keluar nanti, destinasi pertama yang saya ingin bawa Fatima adalah zoo. Sebabnya saya selalu bacakan buku tentang haiwan kepadanya, tetapi dia sendiri tidak tahu bunyi atau bentuk sebenar haiwan-haiwan kerana tidak pernah melihatnya secara depan-depan.
“Saya hanya mampu tunjuk menerusi telefon, buku dan televisyen. Suatu hari nanti andai kita semua sudah dibenarkan keluar dan keadaan kembali normal, zoo tempat pertama yang saya fikir untuk pergi,” ujar Fattah.
Tak boleh dengar Fatima menangis, mudah panik
Kongsi Fattah lagi, sepanjang pandemik dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia banyak menghabiskan masa di rumah menjaga anaknya.
Kata Fattah, dia dan isterinya begitu menyayangi Fatima sehingga timbul perasaan bimbang andai anak mereka meragam atau menangis.
View this post on Instagram
“Kami berdua memang tidak boleh dengar Fatima menangis. Perasaan terlalu sayang sangat dengannya sehingga dia meragam atau menangis sedikit pun kami sudah panik. Mula timbul persoalan, kenapa dia menangis, salah makan atau sebab lain?
“Bila sudah jadi bapa saya memang selalu dengannya kerana ibunya kadangkala sangat sibuk kerana banyak produk. Jadi, tiada masalah, kami sama-sama menjaganya,” ujar Fattah.
Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas digandingkan dalam drama bersiri, Hero Seorang Cinderella.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Kosmo online
Leave a Reply