“Uncle Sekeluarga Sedang Bert4rung Menentang CVD-19,” – Kewangan Terjejas Sampai Jual Kereta

Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak Cvid-19 nyata memberi kesan kepada ramai pihak.

Antara yang turut tidak terkecuali menerima impaknya termasuklah pemain gitar lagenda tanah air, Man Kidal.

Menurut isteri yang juga merupakan pengurusnya, Norlaila Yusof, tiadanya tawaran persembahan sejak dua tahun yang lalu telah menyebabkan keadaan kewangan mereka berada ditahap yang sangat meruncingkan.

Memetik laporan Kosmo Online, Norlaila memaklumkan, mereka terpaksa menjual kereta serta beberapa barangan peribadi bagi meneruskan kelansungan hidup.

“Bukan tidak berusaha, apabila pandemik menyerang, projek lagu Abang Man (Man Kidal) bersama Hillary Ang turut tergendala tetapi kami usaha pula berniaga, jual kuih serta buka perniagaan percetakan. Terpaksa juga ditutup sebab impak semasa.

“Kami hilang punca pendapatan sejak fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan Mac tahun lalu dan hanya menggunakan wang simpanan yang ada untuk melunaskan bil serta keperluan lain.

“Bayangkan dua tahun begitu biarpun macam-macam usaha sudah kami lakukan. Setakat makan, anak-anak dan keluarga terdekat memang membantu, takkan nak bebankan mereka untuk lunaskan bil dan duit rumah, mereka pun ada tanggungan.

“Bukit ditarah pun lama-lama rata. Jadi kami usaha cara lain. Jalannya adalah jual kereta kami. Saya tahu dia sedih dan hilang punca sebab walaupun anak-anak sudah besar, dia risaukan dua cucu yang kami jaga dari kecil selepas ibu bapa mereka berpisah” katanya seperti yang dipetik.

Dalam pada itu, ibu kepada empat orang cahaya mata serta 11 cucu ini menyifatkan dirinya tidak malu mendedahkan keadaan yang dilalui kini sehingga sudah sampai ke tahap terpaksa mengangkat bendera putih.

Bagaimanapun, Norlaila berharap agar masyarakat di luar sana tidak membuat sebarang andaian lebih-lebih lagi melontarkan tomahan kepada anak-anaknya.

“Saya tahu ada yang menghubungi tiga anak kami bertanyakan kenapa biarkan ibu bapa mereka susah. Tolonglah, jangan salah faham. Macam yang saya cakap, anak-anak juga sudah banyak berkorban untuk kami.

“Mereka juga berdepan masalah sama tetapi tidak pernah biarkan kami tiada makanan. Mereka pun ada mulut untuk disuap… minta sangat jangan cepat jatuh hukum.

“Abang Man bertambah sedih mendengar desa- desus seperti itu. Mungkin sebab inilah awal dulu seboleh-bolehnya dia berdiam dan cuba bertahan,” luahnya lagi.

Tambah mendukacitakan apabila Norlaila dan Man Kidal kini dilaporkan positif Covid-19 sejak tiga hari lalu bersama empat lagi ahli keluarga mereka yang tinggal sebumbung dan kini menjalani kuarantin di rumah.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, penyanyi, Naim Daniel turut menyeru kepada semua pihak untuk sama-sama membantu Man Kidal agar beban yang digalasnya dapat dikurangkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx)

“Sama-sama kita doakan kesejahteraan Uncle @man.keedal sekeluarga yang sedang bertarung menentang Covid-19,” kongsinya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*