“Jangkakan Sesuatu Yang Tidak Dijangka” -Nabila Huda Tak Mahu Dibandingkan Dengan Pengacara Melodi Lain

DESAS-DESUS pelakon Nabila Huda sebagai pangacara Melodi baharu menggantikan Janna Nick dan Awal Ashaari terjawab selepas program hiburan itu mengumumkan secara rasmi pada Ahad.

Nabila menerusi Instagram miliknya pula meluahkan rasa syukur dan menganggap ia sebagai cabaran untuknya keluar daripada zon selesa.

“Bismillahirrahmanirrahim. 25 Julai 2021 hari ini dalam sejarah Abil keluar daripada comfort zone dalam kerjaya Abil.

“Bermula perjalanan hidup dan tanggungjawab baru untuk menyambung legasi program hiburan yang sensasi di Malaysia.

“Ini merupakan penghormatan yang luar biasa untuk menjadi sebahagian daripada pasukan ini. Segala puji bagi Allah di atas rezeki yang dikurniakan kepadaku,” ujarnya.

ABILL

Nabila Huda keluar zon selesa dan mencabar diri selain berlakon.Nabila atau nama sebenarnya Nabila Huda Suhaimi, 37, berkata, dia akan cuba membawakan program tersebut dengan cara sendiri.

Pelakon filem Munafik ini juga berharap penonton memberi peluang dan menyokong perjalanan pertamanya sebagai pengacara.

“Syukur Alhamdulillah! This is my debut as a solo host and I hope you guys bagi peluang untuk Abil explore my new journey.

“Apa perubahan yang saya akan buat? Tak banyak, saya sekadar menjadi diri sendiri. Kalau ada kekurangan maafkan saya, tolong jangan letakkan jangkaan saya akan menjadi lebih baik daripada orang lain.

“Jangkakan sesuatu yang tidak dijangka,” katanya.

AWALLLAwal mula berkhidmat sebagai pengacara Melodi pada 2012 manakala, Janna Nick pula pada 2018.

Nabila Huda akan mula bersiaran dalam rancangan hiburan Melodi di TV3 pada Ahad depan.

Terdahulu pada program tersebut, Awal dan Janna turut mengucapkan selamat tinggal dan mengundurkan diri secara rasmi daripada program berkenaan.

Awal berkhidmat sebagai pengacara Melodi selama lapan tahun bermula pada 2012.

Manakala, Janna Nick pula mula mengacarakan program itu pada 2018.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*