“Sebelum Keluar Kena Kejut Bagitahu Mana Nak Pergi,” – Kuat Mer4juk! Elly Mazlein Cerita Gelagat Anak Dengan Suami

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein mendedahkan keakraban di antara anak Putri Sara Sefhia dan suaminya, Mohamad Azlan Che Noh.

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi mendedahkan, keduanya begitu rapat dengan suaminya hingga terpaksa maklumkan terlebih dahulu tujuan dia keluar demi memastikan anak perempuannya itu tidak merajuk.

“Mcm tu la Papa & Manja. Papa nak gi amik #secondose Vaccine rini. Sebelum keluar rumah, kena kejut anak dia dan kena bg tau mana papa nak pegi.

“Kalau tak mencari la anak dia nnti. Where papa, where papa. Jenuh mama nak kena jwb.

“Merajuk jgn ckp la, moncong bole ikat letak ribbon,” tulisnya seloroh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 💋SaraAzlan💋 (@iamellymazlein)

Kenyataan penyanyi Dusta Cinta itu nyata mencuit hati ramai ramai bersama-sama dengan foto kandid yang dikongsikan.

Untuk rekod, Elly pernah berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta pada 2014, namun bercerai pada 2015 ketika hamil empat bulan.

Mereka dikurniakan seorang cahaya perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia lima tahun.

Selepas itu, Elly mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Mohamad Azlan Che Noh pada Januari 2020 dan disahkan hamil anak kedua pada April lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Instagram Elly Mazlein via MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*