SEJAK pendedahan dan penjelasan personaliti dakwah Ebit Lew berhubung kisah yang berlaku sewaktu menyertai misi kemanusiaan ke G4za, masih berlegar-legar persoalan tentang cerita di sebalik cerita berhubung pertemuannya dengan Caprice ketika di sana.
Paling menarik perhatian ialah tentang d4kwaan kononnya penyanyi rap berkenaan menunjukkan reaksi yang dianggap sedikit berbeza dan janggal.
Seperti yang diungkapkan Ebiw pada sesi sidang video di media sosial pada Khamis, dia merasakan seolah-olah Caprice menolak dan menepis tangannya ketika mereka bersalaman dan berpelukan ketika di hujung pertemuan.
Susulan itu orang ramai termasuk mStar sendiri menyemak semula video yang pernah dikongsikan Caprice di Instagram pada 1 Julai lalu.
Hasil pemerhatian pada video yang disunting itu tidak kelihatan sebarang reaksi janggal di pihak Caprice seperti yang diceritakan Ebit.
Malah mStar sendiri turut menghubungi Caprice menerusi Instagram bagi bertanyakan sambungan video yang dikongsikannya itu, namun pertanyaan itu tidak dijawab.
Sabar eh… lama-lama kat sini.
EBIT LEW
PENDAKWAH
Bagaimanapun pada pagi Jumaat, Caprice sendiri berkongsi video berdurasi 29 saat di Instastory.
Menerusi video berkenaan kelihatan Ebit sedang memimpin bacaan doa sebelum kedua-duanya bersalaman dan bepelukkan dalam suasana yang baik.
Jelas kelihatan Ebit turut mengusap di bahagian dada Caprice sambil berkata: “Sabar eh… lama-lama kat sini”.
Reaksi Caprice berhubung isu tepis dan tolak pelukan Ebit Lew.
Malah ketika mereka berpelukan, Caprice turut berulang kali mengucapkan terima kasih kepada Ebit.
Sementara itu pada posting di Instagram mStar berhubung berita mengenai kisah di sebalik pelukan berkenaan, Caprice ada meninggalkan komen kepada salah seorang netizen.
“Ni masa nak balik, bijak,” tulisnya ringkas.
Jawapan Caprice itu menunjukkan video berkenaan adalah situasi sama seperti yang diceritakan Ebit bahawa pertemuan antara mereka berlaku sebelum pendakwah kesayangan ramai itu pulang ke Malaysia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: mstar
Leave a Reply