Trofi FFM25 Berjaya Dijual Dengan Harga RM10k, Syafie Naswip Syukur Dapat Bantu Lebih Ramai Insan

Pelakon berbakat, Syafie Naswip dilaporkan telah berjaya menjual trofi kemenangan yang diperolehnya ketika Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) kepada seorang pemuda yang dikenali sebagai Abam Peah dengan nilai RM10,000.

Jelas Syafie, dia berharap agar usaha kecilnya itu dapat membantu lebih ramai orang-orang yang terjejas ketika berdepan dengan pndemik CVD-19 kini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip)

Perkara tersebut turut dikongsikan pelakon filem Mukhsin ini menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk tatapan peminat dan juga pengikut media sosialnya.

“Alhamdullilah syukur terima kasih kepada @abampeahofficial kerana membeli trofi FFM25. Semoga dengan ini saya dapat membantu orang-orang yang memerlukan di luar sana dan semoga dengan hati yang mulia @abampeahofficial ni, Allah kurniakan rezeki melimpah ruah, umur yang panjang dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.”

Syafie dalam pada itu turut memuat naik foto pemuda tersebut yang memegang trofi FFM25 yang dibelinya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syafie Naswip (@syafienaswip)

Menjengah ruangan komen, ramai peminat dan juga rakan artis tampil memberikan pujian kepada kedua-dua figura ini kerana berusaha untuk meringankan beban mereka yang memerlukan di luar sana.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*