“Tukar Lampin, Suap Makan Kami, Benjy Tidak Lalui Kehidupan N0rmal” – Adik

KUALA LUMPUR: Kehidupan zaman persekolahan yang dilalui pelakon Benjy Ibrahim, tidak sama dengan kanak-kanak seusianya.

Dalam temu bual bersama Astro AWANI, adik Allahy4rham Benjy, Inessa Irdayanty menyifatkan Benjy merupakan seorang abang yang sangat baik dan bertanggungjawab.

“Kakak saya (Elza Irdalynna) lahir semasa abang (Benjy) berumur 9 tahun, saya pula lahir semasa abang saya berumur 12 tahun… mama dan abah sibuk bekerja semasa itu. Benjy tidak pernah melalui kehidupan kanak-kanak yang n0rmal.

“Sejak dia berumur 9 tahun, setiap hari selepas balik sekolah, dia akan bantu mama untuk jaga kami seperti tolong salin lampin dan suap makan.

“Dia (Benjy) akan jaga kami seperti anak dia sendiri dan terus buat perkara sama sehingga kami besar,” katanya dalam nada seb4k ketika ditemu bual Astro AWANI hari ini.

Ka Inessa, setiap manusia tidak sempurna dan tidak akan lari daripada melakukan kesilapan, sama seperti Allahy4rham abangnya.

“Segala kesalahan yang ditafsirkan oleh undang-undang yang dilakukan dia, kami tidak boleh nafikan kasih sayang kami kepada dia.

“Elza dan saya sangat terhutang budi dengan dia atas apa yang dia buat, menjaga kami sejak kecil, tiada apa yang mampu mengubahnya,” kata Inessa yang akan mengenang abangnya sebagai seorang lelaki yang sarat dengan kasih sayang kepada keluarganya.

Allahy4rham Benjy, 43, yang juga anak kepada aktres Allahyarham Azean mengh3mbuskan naf4s terakhir di sebuah hospital si Medan Indonesia pada Ahad akibat peny4kit asma.

Berita pemergian Benjy itu dimaklumkan oleh ayah Benjy, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi kepada Astro AWANI.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*