“Saya Dan Isteri Mohon Maaf, Kadang-kadang Kami Terlepas Pandang” -Ezad Lazim Tak Terg@mak Der@ Anak Sendiri

DAKWAAN kononnya wujud aktiviti pend3r44n terhadap anak sendiri mengundang rasa kecewa penyanyi Ezad Lazim.

Menurut Ezad atau nama sebenarnya Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 41, perkongsian foto dan video anak bongsunya Putera Muhammad Darwish, 6, yang mengalami pend4rahan di kepala di media sosial seakan memakan diri

Lebih mengundang rasa kurang senang apabila isterinya, Nor Azeana Ramli dihubungi polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya pada Jumaat.

Keadaan Darwish ketika menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

“Tengahari semalam (Jumaat) isteri saya dapat panggilan katanya dari IPD Putrajaya berkenaan video tular fasal anak saya berd4rah di kepala.

“Katanya mereka terima aduan kami lakukan pend3raan kanak-kanak, mereka inginkan pengesahan daripada kami. Saya tak pasti sama ada panggilan tu betul-betul dari IPD atau pihak lain, ” katanya kepada mStar.

Kadang-kadang kami terlepas pandang perkara sebegini apabila berada di rumah.

EZAD LAZIM

PENYANYI

Pada Jumaat, penyanyi lagu Jesnita ini berkongsi foto anaknya, Darwish sedang menerima rawatan akibat cedera di kepala selepas didakwa dipvkul kakaknya, Puteri Rania Keisha, 9, dengan penyangkut baju.

Ekoran kejadian tersebut, Darwish dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan dan doktor memaklumkan dia hanya mengalami luka kecil dan tidak perlu dijahit.

Susulan kekecohan itu, Ezad dan isterinya memohon maaf atas kecuaian mereka dalam memantau aktiviti anak-anak di rumah hingga berlaku kecederaan.

Foto Ezad bersama isteri dan dua anak mereka yang dirakam pada Aidilfitri yang lalu.

“Saya dan isteri ingin memohon maaf atas kecuaian kami menjaga anak-anak sehingga terjadi perkara seperti ini (pergaduhan).

“Kadang-kadang kami terlepas pandang perkara sebegini apabila berada di rumah, ” ujarnya.

Bercerita lanjut tentang perkembangan kesihatan anaknya, Ezad berkata dia bersyukur apabila Darwish tidak mengalami kecederaan teruk dan berada dalam keadaan stabil.

“Syukurlah pihak hospital mengesahkan tak ada kecederaan yang berat, namun dia mengalami pendarahan yang banyak kerana terkena di bahagian lembut di kepalanya. Sekarang keadaan anak saya stabil dan tidak ada apa yang serius, ” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: mStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*