Luahan Mawar Rashid Ingin Rasa Kasih Sayang Seorang Ayah Buat Netizen Seb4k

Luahan isi hati ingin merasai kasih sayang seorang ayah yang dimuat naik oleh pelakon jelita, Mawar Rashid di laman media sosialnya, Instagram telah membuat orang ramai sebak.

Menerusi hantaran gambar tersebut, Mawar atau nama sebenarnya, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkata dia sudah kehilangan bapanya sejak kecil dan hanya dibesarkan oleh ibunya sahaja.

Dari dulu duk berangan, nak dapat kasih sayang seorang ayah dari bapa mertua. Tapi Allah SWT tak izinkan. Mawar kenal abang time tu arwah bapa dah tak ada.

Mawar dari kecil dah tak ada ayah. Mummy Mawar lah ayah, mummy lah ibu. Sebab itu mummy Mawar garang naw naw.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Rashid (@mawarashid)

Dalam pada masa yang sama juga, Mawar mengucapkan selamat hari lahir buat arwah bapa mentuanya dan mendoakan buat arwah sebagai tanda rindu.

Sekadar makluman, Mawar dan suaminya, Ref telah mendirikan rumah tangga sejak November 2017 dah hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*