“Jangan T!nggal Dia…” -Netizen Puji Lelaki Sanggup Datang Ceriakan Kekasih Tengah Kuarantin

Melihatkan bagaimana seorang lelaki ini sanggup datang setiap hari melawat dari jauh kekasih yang dalam tempoh kuarantin mengundang ramai begitu terharu.

Disamping memberikan pujian terhadap lelaki tersebut kerana tidak jemu menceriakan kekasih hatinya itu dimana pengguna atas nama BelindaCHL memberitahu bahawa lelaki tersebut datang setiap hari dalam tempohnya yang sedang menjalani kuarantin.

Wanita tersebut turut memberitahu di ruangan kapsyen bahawa mereka selalu melampai tangan ditingkap. Meskipun jauh, usaha lelaki tersebut ingin menceriakan wanita berkenaan membuatkan orang ramai begitu tertarik dengan sikapnya.

Sehingga netizen menghujani ruangan komen di hantaran video TikTok itu dengan komen ‘cinta sejati’ apabila melihatkan usaha antara satu sama lain yang dikatakan sangat sweet itu.

Lelaki dalam video dapat dilihat dengan bersungguh sungguh melampai tangan buat kekasihnya itu yang mana dalam pada masa yang sama digelar lelaki sejati oleh netizen.

Sesunguhnya usaha lelaki itu untuk memberikan semangat terhadap wanita yang dicintainya itu membuatkan ruangan komen di hujani dengan reaksi positif ramai disamping video yang dimuat naik itu mengumpul lebih 400,000 tontonan.

“Jangan tinggal dia…”

“Wow, awak perempuan bertuah sangat. Jangan tinggalkan dia”

“Good job bro. Macam Titanic love”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: HCL

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*