“Happy Birthday Kak El Sayang. Happy Good Day Okay” -Peminat Titip Ucapan Sayang & Dan Doa Untuk Elyana

Penyanyi Elyana berkongsi sekeping foto bersama sebiji kek di Instagram bersempena dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini.

Menerusi ruangan kaspyen, bintang yang sinonim menerusi lagu Kalis Rindu ini memanjatkan doa kesejahteraan diri dan keluarga tersayang.

“5 july 2021. Hari lahir saya yang ke 34 tahun.

“Says mohon doa supaya saya dan keluarga sihat, jadi orang yang baik, panjang umur, diperluaskan pintu rezeki dan selamat dunia akhirat. Amin Ya Rabbalalamin,” tulis Elyana.

Serentak dengan perkongsian tersebut, warganet turut sama menitipkan ucapan selamat hari lahir serta menzahirkan ucapan yang baik-baik buatnya.

“Happy birthday, semoga diberi kesihatan yang balk, diberi kebahagiaan dunia dan akhirat,” ucapan dari Datin Shahida buat Elyana.

“Happy birthday kak el, semoga cepat sembuh,” doa seorang peminat.

“Happy birthday kak El. Semoga sentiasa sihat dan sentiasa berada dalam IindunganNya,” tulis seorang lagi peminat.

“Happy birthday kak El sayang. Happy good day okay,” reaksi seorang peminat lain.

“Happy birthday yo you sis. May Allah bless you semoga sihat selalu amin,” antara komen yang tertera.

Terdahulu, Elyana sudah menghldap kanns.er lim.f0ma tahap empat sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, dia hanya membuat pended.ahan mengenai penyakltnya itu pada 2017 lalu.

Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 10, serta memiliki anak angkat, Cahaya Ramadhani yang kini berusia dua tahun.

Sumber : mediahiburan

Artikel sebelum ini adalah

Ramai yang tumpang gembira dan mendoakan kesihatan Elyana.

Buat yang mengenali penyanyi dan pelakon Elyana, anda mungkin tahu keadaan kesihatan beliau yang merosot akibat bertarung dengan k4nser limfoma tahap empat.

Baru-baru ini beliau dimasukkan ke h0spital untuk menjalani rawat4n radl0terapi dan memerlukan bantuan 0ksigen untuk bernafas dengan lebih baik.

Elyana juga dibekalkan dengan susu untuk dimasukkan ke dalam tubuh kerana berat badan yang susvt.

Alhamdulillah pada 23 Jun 2021, beliau berkongsi khabar gembira dengan perkembangan kesihatannya.

“Alhamdulillah! Berat saya dari 35kg ,hari ni timbang 42kg… Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu2 sedekah makanan pada saya..i love u!”

Semoga Elyana terus kuat melawan penyaklt yang dialaminya dan semoga keadaan kesihatannya akan semakin membaik.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat

Sumber: Hot Fm

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*