Siapa sahaja tidak suka berkelah bersama-sama rakan. Duduk makan sambil bersembang dan melayan keindahan semula jadi. Begitulah apa yang dilakukan oleh 5 sekawan ini. Namun siapa sangka akan ada tetamu yang hadir sertai mereka berkelah bersama.
Tetamu yang hadir itu adalah seekor monyet yang menyertai sesi perkelahan mereka tanpa diundang. Sehinggakan buat ramai terhibur dengan lagaknya itu.
Berkongsi pengalaman menarik itu, menerusi akaun TikToknya hingga menarik perhatian ramai.
Bukan setakat datang menumpang, bahkan duduk bersama makan kuaci. Namun gelagat mereka semua bagaikan sudah biasa seperti haiwan peliharaan sendiri bikin ramai terhibur.
Reply to @missz_yann sopan je dia koyak kuaci tu😂
Tidak berakhir di situ, selesai sahaja makan bersama, si monyet tersebut turut membawa pulang hadiah tanpa kebenaran mereka. Namun apa yang diambilnya bukan lah makanan tetapi sekotak tisu.
Reply to @keckna
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan telatah monyet tersebut.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DM
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @DiariMaklumat
Sumber: Tik Tok Mayrians
Leave a Reply